Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terima anugerah Pekerja Contoh kerana sikap terbuka cuba tugasan baru

Apr 27, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI pegawai pentadbir atau admin di Swissotel, peranan Cik Nur Izza Arianawati Jusaidi lebih banyak di belakang tabir dan melibatkan tugasan di pejabat.



Tetapi, apabila pihak pengurusan meluaskan skop pekerjaannya untuk menyertakan tugas sebagai operator telefon serta menjaga keperluan tetamu hotel, Cik Nur Izza, 28 tahun, tidak teragak-agak untuk keluar dari zon keselesaannya dan menyandang peranan baru itu dengan minda positif.



Malah, tugasannya bertukar lagi selepas tersebarnya wabak Covid-19 dan beliau dikerah untuk memberi sokongan kepada tugasan yang kurang kakitangan seperti dalam bidang pengemasan atau 'housekeeping'.



Semasa dihubungi, Cik Nur Izza, yang sudah lebih lima tahun berkecimpung dalam bidang perhotelan berkata:



"Proses pemindahan dari satu tugas ke tugas yang lain memang mencabar terutama sekali dari segi mental, tapi saya sering ingatkan diri untuk fikir secara positif.



"Pada mulanya, memanglah ada perasaan bimbang dan takut, kerana ini tugasan yang belum pernah saya lakukan sebelum ini."



Menurut Cik Nur Izza, proses tersebut membuka peluang untuk menambah kemahiran dan meluaskan pengalaman.



Malah beliau juga telah menjalani beberapa kursus, di mana beliau mendalami kemahiran yang relevan dalam tugas yang dijalankannya itu.



Sikap yang terbuka untuk mencuba tugasan baru serta keupayaannya untuk menyesuaikan diri diiktiraf dan beliau bakal menerima anugerah Pekerja Contoh di Majlis Anugerah Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Anugerah tersebut memberi pengiktirafan kepada pekerja 4.0, atau mereka yang memaparkan ciri-ciri Bersedia (Ready), Relevan (Relevant) dan Berdaya Tahan (Resilient) dalam mempertingkatkan produktiviti semasa bekerja, menambah kemahiran serta mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang semakin berubah.



Namun demikian, Cik Nur Izza akur bahawa pada mulanya, bukan mudah untuk melakukan sesuatu yang baru.



"Pengalaman yang paling mencabar bagi saya adalah bila saya perlu belajar cara mengemas bilik hotel buat pertama kali selepas lima tahun bekerja di pejabat.



"Penat dari segi fizikal kerana perlu siapkan bilik-bilik dengan cepat, dan secara mental juga mencabar kerana agak stress bila fikirkan nak jaga piawaian kebersihan hotel yang tinggi."



Mujur dorongan dari rakan sekerja dan juga keluarga terus mengiringi Cik Nur Izza sedang beliau mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.



Nasihat beliau bagi mereka yang perlu sesuaikan diri dengan perubahan dalam alam pekerjaan ialah: "Yang penting adalah untuk selalu bersikap terbuka. Melakukan kesilapan itu memang biasa, terutama sekali apabila kita baru dalam pekerjaan itu.



"Bila orang beritahu kesilapan kita, terima dan belajar dari kesilapan itu. Jangan sedih atau rasa tertekan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >