Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Terima anugerah penyelamat SCDF kerana selamatkan rakan sekerja alami serangan jantung

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



APABILA seorang sahabat karib beliau ditimpa serangan penyakit jantung, Encik As'ari Awi tidak teragak-agak bertindak demi menyelamatkannya.



Pada awal pagi 23 Disember lalu, Encik As'ari, seorang pegawai keselamatan di Singapore Turf Club (STC), dikejutkan seorang rakan sekerja yang berkata sahabatnya, Encik Anthonisamy David, tidak sedarkan diri.



Dengan segera, bekas pegawai polis veteran itu menaiki bugi ke bilik kawalan STC dan terus melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atas Encik David, 62 tahun.



"David lebih daripada sekadar seorang kawan bagi saya," kata Encik As'ari, 63 tahun, bapa lima anak dan datuk tujuh cucu.



Isnin lalu, Encik As'ari bersama dua rakan sekerjanya, Encik Lawrence J. Nathan, 51 tahun, dan Encik Christopher Ramasamy, 39 tahun, diberi anugerah penyelamat masyarakat oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Encik As'ari menerima Anugerah Penyelamat Masyarakat, manakala Encik Nathan dan Encik Ramasamy diberi Anugerah Responder Pertama Masyarakat.



Mengimbas kembali kejadian itu dalam satu wawancara bersama media, Encik As'ari berkata beliau menerima panggilan kecemasan daripada Encik Nathan pada 4.50 pagi itu, apabila Encik David tiba-tiba terbongkok di kerusinya semasa bertugas.



"Dengan segera saya dan Christopher (Encik Ramasamy) naik bugi kelab itu dan pergi ke Control Room. Dalam empat atau enam minit kami sampai," kata Encik As'ari.



Mereka kemudian membaringkan Encik David untuk melakukan CPR ke atasnya.



"Apabila saya lihat badan dia macam dah sejuk dan tak bernafas, saya tak teragak-agak lakukan CPR. Pada waktu itu, saya cuma berdoa agar Tuhan selamatkan dia," kata Encik As'ari.



Sementara beliau cuba menyelamatkan Encik David, Encik Nathan menghubungi talian kecemasan 995.



"Ketika itu, saya minta Christopher ambilkan AED (defibrilator luaran automatik) sebab dia (Encik David) masih tak sedarkan diri," kata Encik As'ari.



Mereka tidak berhenti berusaha menyelamatkan Encik David hingga sebuah ambulans SCDF tiba sekitar 10 minit kemudian.



Dalam satu kenyataan memaklumkan penyampaian anugerah itu di Facebook, SCDF berkata Encik David mengalami serangan penyakit jantung tetapi berjaya diselamatkan.



Encik As'ari berkata Encik David sudah mula bekerja semula sejak Isnin lalu.



Menyusuli kejadian itu, Encik As'ari, seorang mantan inspektor balai kanan, berkata beliau berterima kasih kerana diberi latihan kemahiran CPR dan AED semasa berkhidmat dalam pasukan polis.



"Baru-baru ini pun saya menjalani kursus untuk mengingat semula kemahiran keselamatan itu, jadi nasib baik ia amat jelas dalam fikiran saya dan saya yakin semasa melakukan CPR ke atas David.



"Bagi saya, kalau kita nampak ada orang memerlukan pertolongan seperti itu, jangan teragak-agak kalau kita ada kemahiran dan keyakinan untuk melakukan CPR," ujar Encik As'ari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >