Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KONVENSYEN PARTI TINDAKAN RAKYAT (PAP) 2021

Terima pandangan berbeza, terutama daripada belia: Nadia

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



PERUBAHAN minda adalah penting untuk lebih memahami dan menerima pandangan berbeza dalam usaha terus memelihara ruang bersama yang dikongsi dengan anggota masyarakat Singapura yang lain.



Menyatakan demikian, Anggota Parlimen (AP) Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin, berkata perbezaan yang wujud itu harus dilihat sebagai peluang untuk membincangkan isu-isu penting, dan penting terutama dengan lebih ramai belia kini tampil membantu mencipta bersama masa depan Singapura yang lebih baik.



"Kita perlu perbetulkan kekurangan empati dan perlu lebih selesa dalam memahami pandangan yang tidak sama dengan pandangan kita untuk bangkit lebih kukuh bersama.



"Sikap berat sebelah yang kita pegang selama ini perlu disedari, kita juga perlu memelihara ruang bersama yang amat berharga antara teman dan jiran.



"Perbezaan pendapat yang wujud bukan ancaman, ia merupakan peluang untuk kita memulakan perbincangan sukar, dan saya harap dengan mendengarnya kita akan lebih terbuka untuk mengubah minda," kata Cik Nadia dalam ucapannya di konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) semalam.



Menekankan peranan belia dalam usaha membentuk masa depan Singapura, Cik Nadia berkata pelibatan belia memerlukan struktur dan ruang yang perlu disesuaikan dengan keperluan mereka.



"Kita tidak boleh mengalu-alukan penglibatan belia tetapi pada masa sama tidak mewujudkan ruang bagi pengalaman mereka atau hanya melabel mereka.



"Kita perlu meraikan mereka dan juga pandangan yang mereka miliki, dan bukan merungut dan mempersoal bagaimana cara mereka berbeza daripada kita," ujarnya.



Cik Nadia menambah bahawa belia cukup prihatin berkaitan isu masyarakat dan ini dapat dilihat daripada inisiatif yang dimulakan mereka sendiri, termasuk dalam bidang perusahaan sosial, projek sukarelawan dan juga penjagaan warga emas.



"Namun, ramai (daripada mereka) mungkin kurang bersetuju dengan proses dan institusi kita, dan melihatnya sebagai jalan yang mengambil masa terlalu lama untuk mengubah sesuatu berbanding dengan persekitaran kita yang berlalu begitu pantas.



"Untuk itu, mereka akan mengatur dan merancang pergerakan sosial sendiri menggunakan ruang dalam talian," katanya.



Cik Nadia berharap PAP akan bertindak berasaskan nilai yang mengutamakan sikap empati dan relevan bagi setiap generasi supaya dapat mereka terus bekerjasama dengan parti tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >