Biro Kredit Pemiutang (MLCB) akan dibentuk tahun depan bagi mengekang peminjam "melompat" dari sebuah firma kredit ke firma kredit yang lain untuk meminjam tanpa batas sehingga tidak mampu membayar balik hutang. Adullam Life Counselling - sebuah badan bukan mencari untung - banyak menangani dan membantu peminjam seumpama itu. Salah seorang daripada mereka berkongsi keperitan dijerat pinjaman dengan 16 firma kredit dan perangkaan badan itu yang menunjukkan semakin ramai peminjam Melayu mendapatkan khidmatnya untuk keluar daripada lingkaran hutang. Saini Salleh (saini@sph.com.sg) menyelongkar amalan tersebut dalam laporan berikut.
ENCIK Marican (bukan nama sebenar) hidup selesa - bekerja sebagai teknisyen syarikat minyak dengan pendapatan $6,000 sebulan dan meraih keuntungan daripada perniagaan secara usaha sama dengan seorang rakan kongsi di luar negara.