Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN KEBAKARAN DI JURONG WEST

Terkejut dek letupan kuat sebelum api merebak ganas

Oct 13, 2016 | 05:30 AM



SEKITAR 2 pagi kelmarin, sedang pekerjanya sibuk memasak di dapur, Cik Wahidah Abdul Rahman, 50 tahun, terdengar satu letupan kuat.



Mereka keluar untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati bunyi letupan tersebut datang daripada sebuah gerai menjual buah-buahan di pasar basah berdekatan.



Cik Wahidah merupakan tauke Noorlin Seafood Restaurant yang terletak di kedai kopi di bawah Blok 494 Jurong West Street 41 yang dibuka selama 24 jam.



Kededua kedai kopi dan pasar basah yang bersebelahan, yang terletak di Blok 493, habis dijilat api awal pagi kelmarin. Kawasan tersebut telah pun dikepung semasa wartawan dan jurugambar pergi ke situ semalam.



Namun, dari blok berhampiran, terlihat kedai kopi dan pasar basah itu hitam dengan jelaga dan abu. Hanya tinggal rangka bidang gerai di pasar.



Bumbung pasar pun musnah teruk dan kelihatan melengkung ke dalam.



"Apabila letupan pertama berlaku, kami semua keluar untuk melihat apa yang terjadi. Setelah itu, api merebak ke gerai yang menjual daging khinzir. Ketika itu terdengar letupan kedua," kata Cik Wahidah.



Pegawai bomba dan polis sudah berada di kawasan yang terjejas pada masa itu, menurut beliau.



"Apabila berlaku letupan ketiga, semuanya musnah. Lampu semua terpadam," jelas beliau.



Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada gas yang diperlukan bagi peti sejuk yang digunakan dalam pasar basah. Oleh sebab hampir kesemua gerai mempunyai peti sejuk, api merebak dengan begitu pantas dari satu gerai ke gerai yang lain.



Penduduk di blok-blok berhampiran dikejutkan oleh pegawai polis yang menyuruh mereka keluar dari rumah masing-masing.



Seorang penduduk, Cik Rahimah Tahir, 53 tahun, yang tinggal di Blok 494 mendengar cucunya terbatuk-batuk.



"Saya bau macam asap rokok tapi baunya kuat. Saya sangka suami saya merokok, tak telintas pun ada kebakaran kerana perkara sebegini tak pernah berlaku.



"Tak lama kemudian pegawai polis pun mengetuk pintu rumah kami dan suruh kami turun. Asap dah tebal ketika itu," kata Cik Rahimah.



Mujur tidak ada sebarang kecederaan teruk yang dilaporkan akibat kebakaran itu.



Namun, bagi pegerai di kedai kopi dan pasar basah yang terjejas, ramai yang tidak tahu nasib mereka bagi beberapa bulan akan datang apatah lagi mereka tidak dapat menuntut ganti rugi kerana tidak ada insurans.



Bagi Cik Wahidah pula, beliau berharap mendapatkan sebuah gerai di satu lagi kedai kopi di daerah Jurong West.



Anggota Parlimen GRC Jurong, Encik Ang Wei Neng, berkata kesemua 36 pemilik gerai di pasar basah itu yang terbabit akan dibantu membuka gerai di sebuah tapak lain berdekatan. Kemungkinan ia merupakan gelanggang bola keranjang di Blok 498, katanya.



Berita Harian difahamkan sebuah mesyuarat akan diadakan dengan semua pemilik gerai di pasar basah itu pada 7 malam ini di Kelab Masyarakat Jurong Green bagi membincangkan apa yang akan dilakukan selanjutnya.



Sementara itu, pemilik kedai kopi di Blok 494, Encik Derek Tan, berkata kedai kopi itu akan ditutup buat masa ini. Namun, beliau akan meminta kebenaran daripada pihak berkuasa bagi membolehkan sembilan penyewanya berpindah ke beberapa kedai kopi lain buat sementara waktu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >