Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terkejut flat di Sembawang dijilat api semasa sedang bekerja

Sep 30, 2022 | 05:30 AM



CIK Kasmah Selamat, yang tinggal di Blok 340A, Sembawang Close, sedang bertugas kelmarin apabila mendapat panggilan daripada anak bongsunya yang menyatakan flat mereka dijilat api petang kelmarin.



Beliau, 62 tahun, yang bekerja sebagai pegawai keselamatan sekolah, menjadi tidak tentu arah sebaik mendapat berita itu lalu bergegas pulang ke flatnya itu. Meskipun sedih melihat keadaan flatnya, beliau bersyukur tidak ada anggota keluarganya yang cedera serius meskipun tiga cucunya terhidu asap.



"Banyak yang dijilat api seperti perabot dan pakaian tapi tiada apa-apa yang berharga sangat," ujarnya sambil menyatakan beliau masih terkejut dengan insiden itu.



Flat empat biliknya itu, yang dibeli sejak lebih 20 tahun lalu, dihuni sembilan anggota termasuk tiga anaknya, seorang menantu dan empat cucu.



Dalam kenyataannya, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan mengenai kebakaran itu sekitar 5 petang kelmarin.



Lima orang berada di rumah itu semasa kejadian dan dapat keluar dari flat. Antara mereka, tiga cucunya yang berusia tujuh, sembilan dan 10 tahun, yang dibawa ke hospital kerana terhidu asap namun telah diizin keluar hospital semalam, kata Cik Kasmah.



LAPORAN SELANJUTNYA: Nenek syukur orang tersayang selamat walau rumah dijilat api




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >