Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahanan ISA sedia laku serangan di S'pura, ke atas kepentingan negara

Faishal gesa bijak menilai, cari bimbingan daripada pihak berkuasa agama tempatan boleh dipercayai
May 11, 2022 | 05:30 AM



Radjev berasa yakin bahawa adalah kewajipan keagamaannya untuk menyertai pengganasan bersenjata bersama BFA bagi membunuh 'musuh' Islam, ujar ISD.



"Pada pandangannya, musuh ini termasuk golongan bukan Islam yang masuk campur hal ehwal Islam serta negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Israel.



"Dia percaya bahawa jika dia mati syahid di medan peperangan bersama BFA, dia akan menikmati ganjaran di akhirat," kata ISD.



Radjev, yang percaya bahawa kumpulan seperti ISIS, Al-Qaeda dan Taliban adalah manifestasi BFA, turut merancang pergi ke Syria bagi menyertai ISIS.



Namun, dia melupakan rancangan itu lepas Imran menolak bahawa ISIS merupakan BFA.



Ketika ditahan pihak berkuasa bulan lalu, Radjev percaya Taliban mungkin mewakili BFA dan dia menimbangkan untuk pergi ke Afghanistan bagi menyertai kumpulan itu.



Dia tidak mempunyai rancangan melancarkan serangan di Singapura namun mengakui dia bersedia melancarkan serangan di sini atau terhadap kepentingan Singapura di luar negara sekiranya diarahkan melakukan demikian oleh Imran atau BFA, menurut ISD.



ISD menekankan ia akan mengambil tindakan tegas terhadap sembarang individu di Singapura yang menyokong, menggalak, menyertai atau membuat persiapan untuk menyertai pengganasan bersenjata, walau apa pun alasan yang diberi bagi pengganasan itu atau di mana pengganasan itu berlaku.



"Kes Radjev menunjukkan bahawa warga Singapura tidak imun daripada retorik pelampau yang disebar pendakwah agama atau penyokong ideologi, termasuk menerusi wadah dalam talian.



"Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada sumber dan pihak berkuasa agama tempatan yang boleh dipercayai," kata ISD.



Sementara itu, dalam satu pos di laman Facebook beliau semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, melahirkan rasa terkejut bahawa Radjev bersedia melancarkan serangan di Singapura atau terhadap kepentingan Singapura di luar negara jika diarahkan melakukan demikian oleh kumpulan atau pendakwah asing tertentu.



"Saya menggesa semua orang agar bijak membuat penilaian dan mendapatkan bimbingan daripada sumber dan pihak berkuasa agama tempatan yang boleh dipercayai," ujarnya, sambil menambah bahawa sumber yang boleh dipercayai itu termasuk laman muslim.sg.



Dr Faishal menambah bahawa semua orang boleh memainkan peranan masing-masing.



"Marilah kita terus berjaga-jaga supaya dapat mengesan tanda-tanda radikalisasi dalam kalangan orang di keliling anda.



"Langkah melaporkan mereka awal membolehkan individu berisiko menjadi radikal diberi bimbingan betul dan kaunseling," kata Dr Faishal.



ISD berkata antara tanda radikalisasi ialah sering melungsuri laman web radikal, memuat naik atau berkongsi pandangan ekstrem di wadah media sosial serta dengan teman dan saudara-mara, membuat komen menggalak rasa benci terhadap kaum atau agama lain, menyuarakan keinginan menyertai pengganasan di luar negara atau di Singapura, serta menghasut orang lain supaya menyertai tindakan pengganasan.



Orang ramai yang mengenali atau mengesyaki seseorang telah menjadi radikal harus dengan segera menghubungi talian Pusat Memerangi Pengganasan ISD 1800-2626-473 (1800-2626-ISD).




Dua tahanan ISA dibebas



DUA warga Singapura yang menjadi radikal secara sendiri dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan pada Januari dan Februari lalu.



Ini menyusuli kemajuan baik yang dicapai mereka dalam proses pemulihan masing-masing dan setelah mereka dinilai bukan lagi ancaman keselamatan.



Seorang daripada mereka, Hazim Syahmi Mahfoot, 31 tahun, ditahan di bawah ISA pada Januari 2019.



Sebelum ini, beliau percaya bahawa beliau harus menyertai pengganasan bersenjata terhadap 'musuh' agamanya.



Seorang lagi, Ruqayyah Ramli, 35 tahun, menjadi radikal selepas dipengaruhi suaminya, dan menyokong hasrat suaminya pergi ke Syria untuk berjuang bersama kumpulan militan ISIS.



Beliau ditahan di bawah ISA pada April tahun lalu.



Kedua-dua individu ini dibebaskan dengan Arahan Penggantungan (SD), yang boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, misalnya pergi ke luar negara atau menggunakan Internet tanpa kelulusan daripada pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).




TERKEJUT SANGGUP SERANG NEGARA SENDIRI 



"Saya terkejut bahawa walaupun dia tidak ada rancangan untuk menyerang Singapura, (Radjev) bersedia melancarkan serangan di Singapura atau terhadap kepentingan Singapura di luar negara jika diarahkan melakukan demikian oleh kumpulan atau pendakwah asing tertentu."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >