Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Terkesan dengan cabaran, terpanggil kongsi kisah pengorbanan

Sejak beberapa tahun lalu, Berita Harian (BH) telah meluaskan kandungannya melebihi akhbar cetak. Kini, wartawan-wartawan BH turut mempersembahkan kandungan dalam bentuk video. Malah, sebahagian video yang diterbitkan telah mendapat perhatian meluas. Antara video sedemikian yang dihasilkan baru-baru ini mengisahkan perjalanan dan cabaran hidup golongan pengasuh kepada anggota keluarga berkeperluan khas. Video 'Kasih kakak pada adik hidapi sindrom down' dan 'Bukan salah ibu mengandung' masing-masing menarik lebih 602,000 dan 507,000 tontonan. Ikuti catatan koresponden dan penerbit video tersebut.
Apr 12, 2022 | 05:30 AM



AWAL tahun ini, kita semua dikejutkan dengan berita tentang seorang bapa yang menjumpai kedua-dua mayat anak kembarnya di sebuah longkang di Bukit Timah, berdekatan sebuah taman permainan.



Berita itu disusuli pula dengan siasatan yang menunjukkan bapa itu sendiri terlibat dalam pembunuhan anak-anaknya.



Perasaan pembaca pada masa itu, termasuk diri saya sendiri, tentu geram dan marah terhadap si bapa yang dirasakan tidak berhati-perut.



Tetapi apabila siasatan polis kemudian mendedahkan bahawa kedua-dua kembar itu adalah anak berkeperluan khas, hati mula cuba memahami tekanan yang dilalui si bapa.



Perbuatan si bapa tetap tidak boleh diterima namun tentu ramai, seperti saya mula membayangkan, bagaimana sebenarnya beban yang ditanggungi penjaga anak-anak cacat atau berkeperluan khas yang tentunya tidak mudah dirungkai dengan kata-kata.



Sebagai seorang ibu tiga orang anak, saya sendiri faham betapa susahnya hendak membesarkan anak-anak. Saya tidak dapat bayangkan, cabaran mereka yang menjaga anak-anak berkeperluan khas.



Banyak usaha dan fokus telah dijalankan untuk menyebarkan kesedaran autisme, tetapi jarang kita dengar tentang apa yang dilalui ibu-bapa atau penjaga. Apa yang mereka rasakan, apakah masalah yang dihadapi mereka? Saya betul-betul ingin tahu.



Sebagai seorang wartawan yang baru sahaja mula kerja di waktu itu, saya teruja dengan amanah yang diberikan, dan kemungkinan saya dapat membuat impak positif dalam masyarakat.



Saya berjumpa dengan Cik Zaiton Ismail, yang menjaga adik bungsunya, Cik Zarina Ismail yang terlahir dengan Sindrom Down.



Selain makan, Cik Zarina memerlukan bantuan untuk kesemua keperluan hariannya.



Ini bermakna, seseorang harus mendampingi Cik Zarina 24 jam sehari. Cik Zarina antara mereka yang beruntung mendapat sokongan dan pertolongan keluarga yang amat menyayanginya.



Selain bertanggungjawab terhadap adiknya, Cik Zaiton juga berfikir panjang dan menyiapkan dana untuk membantu menampung kehidupan Cik Zarina apabila beliau sudah tiada nanti.



Sudah tentu itu adalah persoalan yang berlegar-legar di kepala setiap ibu-bapa, apa entah lagi mereka yang mempunyai anak berkeperluan khas yang perlukan perhatian sepenuhnya.



Kemudian, saya dikenalkan kepada Cik Nurul Hamzah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak berkeperluan khas, oleh Cik Faraliza Zainal, pengasas sekolah khusus pelajar berkeperluan khas seperti austisme, MIJ, ketika saya menghubunginya untuk menemubual beliau untuk artikel yang saya ingin tulis.



Pertama kali saya jumpa Cik Nurul, saya terpegun dengannya. Pada saya, beliau seorang wanita berkerjaya, bergaya, konfiden dan sangat cantik.



Orangnya ramah pula, jadi senang saya berbual mesra dengannya.



Salah seorang anaknya, yang juga merupakan pelajar di MIJ, ada bersama kami sewaktu sesi bergambar.



Saya sendiri lihat betapa sukarnya untuk memisahkan anak itu dengannya apabila kami ingin buat rakaman video.



Dua kakitangan MIJ turut cuba menenangkan anak itu, tetapi masih tidak berjaya. Itulah situasi "meltdown" yang sering dikaitkan dengan anak-anak autisme. Akhirnya, kami biarkan saja anak itu bersama ibunya sepanjang wawancara video itu.



Di sebalik pesona konfiden dan cerianya, Cik Nurul banyak menanggung beban dan melalui liku-liku hidup yang pahit bersendirian.



Begitu senang kita sebagai manusia beranggapan 'stereotaip', kan?



Setelah video yang saya terbitkan itu tular, sehingga menjangkau lebih 500 ribu penonton, Cik Nurul berkongsi beliau berbesar hati, dan terus dihujani mesej dalam ruangan komen video itu, dan juga dalam akaun Facebook dan Instagramnya.



Ramai yang tampil kehadapan dengan tujuan ingin bantu. Ada yang berikannya hadiah barang rumah, dan keperluan anak.



Saya tidak menyangka efek itu dapat sedikit sebanyak merubah hidupnya. Yang penting, saya tumpang gembira, cerita Cik Nurul sudah sampai ke telinga ramai, dan kerja saya sebagai Koresponden, selesai.



Saya sedar, ramai lagi di luar sana seperti Cik Nurul dan Cik Zaiton; kuat semangat, positif melangkah ke depan walaupun dugaan demi dugaan mendatang. Saya kagum dengan kekuatan ini. Seperti kata Cik Zaiton yang masih terngiang-ngiang di telinga saya, "Ini pemberian Allah, bukan salah dia".



Yang pastinya, setiap manusia diberi ujian. Dan seperti yang dijanjikan dalam surah Al Baqarah (2:286) "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya".



Semoga kita semua dapat iktibar dan keredaanNya dalam apapun kesusahan yang kita lalui.




“Pertama kali saya jumpa Cik Nurul, saya terpegun dengannya. Pada saya, beliau seorang wanita berkerjaya, bergaya, konfiden dan sangat cantik... di sebalik pesona konfiden dan cerianya, Cik Nurul banyak menanggung beban dan melalui liku-liku hidup yang pahit bersendirian.”
– Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >