KEDINGINAN bagai 'menggigit' menyebabkan saya menggigil kesejukan.
Namun, hujan lebat diiringi angin kencang yang turun di kebanyakan kawasan pagi semalam tidak mematahkan semangat rakyat Singapura daripada memberi lambaian dan penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew apabila jenazahnya diarak di atas pedati meriam dari Bangunan Parlimen ke Pusat Budaya Universiti (UCC) bagi upacara Pengebumian Negara.