Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Terkesan lihat tugas doktor, nyala rasa mahu ikut jejak

Lebih 10,600 graduan Kelas 2022 dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan  menamatkan pengajian mereka dalam 25 majlis konvokesyen bermula 20 Julai hingga  30 Julai ini. Majlis konvokesyen pertama telah dipengerusikan oleh Presiden Halimah  Yacob selaku Canselor NTU. BERITA HARIAN berkongsi kisah siswazah yang masing-masing telah mencapai kejayaan meskipun laluan yang diambil mungkin berbeza.
Jul 29, 2022 | 05:30 AM



MEMBURU kerjaya dalam bidang perubatan bukanlah cita-cita Dr Nur Nadirah Lim sejak beliau kecil lagi.



Namun, melihat kesan yang ditinggalkan doktor dalam kehidupan orang-orang di sekelilingnya menyalakan sesuatu dalam dirinya.



"Saya mula menyedari kesan istimewa yang ditinggalkan doktor dalam kehidupan orang lain dan ia perlahan-perlahan menjadi sesuatu yang saya inginkan bagi diri saya juga.



"Saya mempunyai harapan bahawa satu hari nanti saya juga boleh menjadi seseorang yang menyentuh kehidupan orang lain dan menjadi sumber harapan bagi mereka tatkala mereka rasa paling teruk," kata Dr Nadirah, 24 tahun.



Beliau merupakan antara siswazah Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang selesai majlis konvokesyennya pada 23 Julai lalu.



Dihubungi Berita Harian, beliau berkongsi bahawa pengalamannya semasa di sekolah perubatan "seronok, tertekan, memenatkan tetapi sangat berbaloi".



"Saya akan selalu ingat perasaan ngeri ketika perlu belajar bagi peperiksaan pertama saya di sekolah perubatan - saya belajar bersungguh-sungguh sampai menangis dan saya tidak mengenali diri saya lagi.



"Tahun demi tahun peperiksaannya hanya bertambah susah... tetapi entah bagaimana saya dapat melaluinya dengan seronok di samping rakan-rakan," katanya.



Namun, hari-harinya sebagai bakal doktor tidak hanya dihabiskan dengan belajar bagi peperiksaan sahaja.



Dr Nadirah turut melibatkan diri dalam program kemasyarakatan demi membantu golongan yang lebih mudah terjejas.



Misalnya, beliau telah menyertai Projek Daya di mana mereka melawat kampungkampung di Batam semasa cuti sekolah untuk mengajar penduduk kampung tentang isu kesihatan.



Kini, beliau merupakan doktor Possiswazah Tahun 1 di Jabatan Pembedahan Am di Hospital Besar Sengkang (SKH).



Ini bukan kali pertama beliau berkhidmat di hospital itu, jelasnya.



Sebagai mahasiswi tahun akhir di LKCMedicine, Dr Nadirah ditempatkan di sana semasa Program Pembantu Pelajarnya.



"Saya memang sudah tahu saya mahu kembali ke SKH sebagai doktor Possiswazah Tahun 1 walaupun saya tahu betapa sibuk doktor-doktor di sini ketika itu.



"Persekitaran kerja di sini sangat baik sejauh ini dengan adanya bos-bos yang sangat baik hati dan memahami, serta doktor lebih berpengalaman yang begitu bersedia dan sabar membimbing kami dan mengajar kami semua yang kami ingin tahu tentang bekerja sebagai doktor," ujar beliau.



Dr Nadirah juga berkongsi bahawa beliau mungkin berminat meneroka dan mendalami bidang perbidanan dan sakit puan di masa depan kerana pengalaman "membantu wanita lain melangkah ke lembaran baru kehidupannya sebagai seorang ibu pastinya sesuatu yang sangat istimewa", katanya.




"Saya mula menyedari kesan istimewa yang ditinggalkan doktor dalam kehidupan orang lain dan ia perlahan-perlahan menjadi sesuatu yang saya inginkan bagi diri saya juga.

Saya mempunyai harapan bahawa satu hari nanti saya juga boleh menjadi seseorang yang menyentuh kehidupan orang lain dan menjadi sumber harapan bagi mereka tatkala mereka rasa paling teruk."

- Dr Nur Nadirah Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >