Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terkini: 69 dilaporkan terjejas dek makanan tercemar Spize - MOH

Nov 13, 2018 | 05:55 PM



SEHINGGA 12 tengah hari tadi, 69 individu dilaporkan sakit  selepas memakan makanan yang disiapkan restoran Spize di cawangan River Valley, menurut satu jawapan bertulis Kementerian Kesihatan (MOH) kepada pihak media hari ini.



Ini merupakan tambahan daripada 49 orang yang dilaporkan mengalami radang perut dan usus (gastroenteritis) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan MOH, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA), Jumaat lalu.



Menurut jurucakap MOH, daripada 69 kes itu, 46 telah dirawat di hospital selepas memakan makanan yang disiapkan restoran Spize di 409 River Valley pada cuti umum Deepavali lalu. 



Seramai 26 daripada 46 pesakit yang terjejas telah dibenarkan pulang.



Seorang daripada mereka kini berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) sementara yang lain  beransur pulih dan dalam keadaan stabil, menurut MOH.



Pemeriksaan NEA, MOH dan AVA mendapati terdapat kesilapan berkaitan beberapa aturan kebersihan.



Ini termasuk membiarkan makanan siap makan tidak ditutup dalam peti ais, tidak menyediakan sabun untuk mencuci tangan, bekas menampung sabun rosak dan membiarkan pisau yang digunakan bagi menyediakan makanan diselitkan di jurang antara meja persiapan makanan.



NEA berkata Spize diarah supaya memperbaiki isu tersebut dengan serta-merta dan lesen cawangan River Valley Road digantung “bagi melindungi pelanggan daripada risiko kesihatan ekoran operasi berterusan di kedai makanan tersebut”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >