Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terminal 2 Changi dibuka semula secara berperingkat mulai Ahad

May 23, 2022 | 05:30 AM



TERMINAL 2 (T2) di Lapangan Terbang Changi akan dibuka semula secara berperingkat mulai Ahad ini sebagai persediaan hab udara itu untuk memenuhi peningkatan penumpang dalam beberapa bulan akan datang.



Terminal itu telah ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan sejak Mei 2020.



Penggantungan operasi di T2 sepatutnya bagi tempoh selama 18 bulan, namun ia dilanjutkan berikutan penularan pandemik Covid- 19.



Apabila kerja naik taraf selesai sepenuhnya pada 2024, peluasan kawasan terminal berkenaan akan meningkatkan kapasiti di kemudahan itu daripada 5 juta kepada 28 juta penumpang setiap tahun, kata Changi Airport Group (CAG).



Fasa pertama pembukaan semula T2 memberi tumpuan antaranya pada ketibaan imigresen, tuntutan bagasi dan pintu masuk di sayap selatan terminal yang akan bersedia untuk operasi penerbangan, kata CAG.



T2 akan menjadi hos terutama membabitkan ketibaan penerbangan pada waktu sibuk dari syarikat penerbangan yang sedang beroperasi di Terminal 3 (T3).



Sejumlah kecil pelepasan penerbangan T3 kemungkinan akan menggunakan pintu pelepasan T2, meskipun penumpang akan terus mendaftar masuk dan terus ke kaunter pelepasan imigresen di T3, kata CAG.



Bagi mereka yang menuju ke Lapangan Terbang Changi untuk mengambil penumpang dinasihatkan agar menyemak dahulu terminal mana pendaratan pesawat berkenaan telah ditetapkan.



Maklumat akan disediakan di laman web Lapangan Terbang Changi dan di aplikasi telefon iChangi sekurang-kurangnya dua jam sebelum ketibaan pesawat.



Perluasan T2 menyaksikan ia mempunyai ruang dewan ketibaan Imigresen yang lebih besar dengan lebih banyak lorong imigresen automatik dan lorong bantuan khas.



Laluan imigresen automatik akan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dan penduduk Singapura yang mendaftar biometrik iris serta imbasan wajah mereka dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Ia termasuk pelawat asing yang layak dan sudah melakukan perkara sama sebaik tiba di Singapura.



"Dengan lebih ramai penumpang mendaftar, jumlah laluan imigresen automatik akan ditingkatkan.



"Untuk laluan bantuan khas, kemudahan ruang ini akan diperluaskan berbanding laluan konvensional, membolehkan penumpang dengan bantuan mobiliti termasuk kumpulan yang memiliki keluarga besar untuk menyelesaikan urusan imigresen dengan mudah," tambah CAG.



Naib presiden eksekutif pengurusan lapangan terbang CAG, Encik Tan Lye Teck, berkata:



"CAG amat terdorong melihat peningkatan kukuh dalam permintaan perjalanan dan telah bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk mempercepatkan pembukaan semula T2 menjelang Jun bagi memenuhi permintaan ini.



"T2 akan dibuka semula secara berperingkat dalam tempoh dua tahun akan datang untuk menyokong pemulihan Changi sebagai hab udara serantau."




"CAG amat terdorong melihat peningkatan kukuh dalam permintaan perjalanan dan telah bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk mempercepatkan pembukaan semula T2... T2 akan dibuka semula secara berperingkat dalam tempoh dua tahun akan datang untuk menyokong pemulihan Changi sebagai hab udara serantau."
- Encik Tan Lye Teck, naib presiden eksekutif pengurusan lapangan terbang CAG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >