Terminal 4 Changi siap dibina

LAPANGAN TERBANG Changi telah selesai membina Terminal 4 (T4) yang akan dibuka kepada umum pada enam bulan kedua tahun hadapan.

Dengan pembangunan bahagian depan selesai dibina, fasa pembangunan selanjutnya akan memberi tumpuan kepada pemasangan bahagian dalaman, selain mempersiapkannya bagi pelaksanaan operasi, kata Changi Airport Group (CAG) hari ini.

Kerja-kerja pembinaan bagi terminal baharu telah bermula pada awal 2014.

Selain bangunan terminal dua tingkat untuk penumpang, pembinaan turut melibatkan pembangunan tempat meletak kenderaan setinggi dua tingkat yang menyediakan 1,700 tempat, selain itu turut disediakan tempat laluan teksi dua tingkat serta tiga jambatan untuk kenderaan dan pejalan kaki merentasi Persiaran Lapangan Terbang (Airport Boulevard) demi mewujudkan laluan keluar-masuk yang baharu ke T4 to create new channels of access to T4.

Satu menara kawalan 68 meter turut dibina demi meningkatkan pengurusan kawalan pesawat di kawasan laluan pesawat di terminal.

Projek pembinaan T4 yang dapat diselesaikan dalam tempoh kurang tiga tahun ini pernah melibatkan sehingga 4,000 pekerja di tapak pembinaan itu.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.