Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Terminal 4 mungkin diguna proses pengunjung dari negara berisiko tinggi

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



PENGUNJUNG yang memasuki Singapura dari negara dengan kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi mungkin akan diproses di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi pada masa hadapan.



Pilihan ini sedang dipertimbangan sedang T4 mempunyai ruang muatan lebih besar berbanding T2, yang kini digunakan untuk memproses para pengunjung ini, kata Menteri Pengangkutan, S Iswaran di Parlimen, semalam.



T2 kini ditutup bagi kerja-kerja ubah elok sejak Mei tahun lalu.



Tetapi sebahagiannya dibuka untuk menguruskan penumpang dari negara yang dikatakan mempunyai "risiko amat tinggi" bagi jangkitan Covid-19, menyusuli penularan kelompok Covid-19 di lapangan terbang yang melibatkan 43 pekerja pada Mei tahun ini.



Encik Iswaran yang memberikan respon kepada soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) berkata:



"Jika kita boleh menggunakan T4, ia dapat mempertingkat keupayaan kita untuk menangani kemasukan pengunjung daripada negara berisiko tinggi."



Beliau berkata berbagai agensi terlibat kini sedang mengusahakan pilihan ini tetapi tidak memberikan tempoh masa bila ia mungkin dilaksanakan.



Encik Iswaran menambah adalah sukar untuk mengesahkan sama ada aturan untuk mengubah T2 dan T4 akan menjadi sesuatu yang tetap ataupun tidak.



"Saya boleh katakan pemikiran kita ialah.. (untuk) mempersiap diri bagi perkara buruk, berharap untuk yang terbaik dan dapat menyesuaikan diri sebaik mungkin serta memberikan respon dengan pantas kepada situasi yang kian berubah," katanya.



Beliau memberitahu Dewan bahawa 95 peratus pekerja penerbangan barisan hadapan telah divaksinasi sepenuhnya.



Beliau turut menekankan bahawa perlindungan Covid-19 sudahpun diperkenalkan secara progresif di lapangan terbang malah sebelum penularan pada Mei.



Perlindungan itu termasuk memisahkan stesen pemeriksaan kesihatan bagi penumpang daripada negara berisiko tinggi.



Sebagai respon kepada pertanyaan susulan daripada Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP), Leon Perera (GRC Aljunied), yang menukil satu surat forum akhbar The Straits Times, pada April yang melahirkan keprihatinan mengenai langkah di lapangan terbang, Encik Iswaran berkata: "Mungkin terdapat pergaulan tetapi ia bukan sesuatu yang digalakkan."



Berhubung mengapa penumpang mempunyai peluang untuk bergaul sebelum ini, beliau berkata pihak berkuasa telah mengesakan langkah keselamatan berdasarkan penilaian risiko terperinci, yang disokong maklumat yang ada mengenai virus itu.



"Ini merupakan pendekatan berisiko yang disesuaikan dan ia perlu dilakukan sebegitu," katanya.



"Apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan kedudukan yang kita ambil dan langkah yang dilaksanakan memberikan respon dengan cepat kepada pemahaman terkini selain menangani risiko yang timbul dalam situasi dinamik."



Beliau telah menggariskan beberapa langkah yang telah diambil sejak tercetus kelompok Lapangan Terbang Changi.



Misalnya, lapangan terbang kini dibahagikan kepada zon fizikal.



Ruang pendaratan, tandas, dewan imigrasi ketibaan dan laluan mengambil bagasi kini diasingkan bagi penumpang daripada tempat yang mempunyai risiko yang berbeza-beza, tambahnya.



Encik Iswaran akur bahawa aliran kerja yang berubah akan menyebabkan lebih banyak tekanan kepada pekerja.



Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan pemimpin kesatuan dan pemain industri untuk membantu pekerja menyesuaikan diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >