Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terminal kereta api kelajuan tinggi di Jurong

Aug 17, 2014 | 09:27 PM



PEMERINTAH telah memutuskan untuk membina stesen kereta api kelajuan tinggi (HSR) di Jurong.


Mengumumkannya tadi, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata, terminal yang bakal dibangunkan itu terletak di kawasan Tasik Jurong.


Namun katanya, hal ini akan hanya tercapai sekiranya kerajaan Malaysia bersetuju dengan saranan tersebut.


"Satu hari nanti, Kereta Api Kelajuan Tinggi mungkin akan tiba di Jurong.


"Saya telah bersetuju dengan PM Najib untuk membina HSR antara Singapura dan KL.


"Kami menawarkan tapak bagi terminal Singapura di Kawasan Tasik Jurong.


"Namun, ia belum diputuskan lagi, tetapi jika ini berlaku, Jurong akan tentunya menjadi gerbang laluan yang menarik untuk Singapura," ujarnya.


Pemerintah sebelum ini mendedahkan ia sedang menimbangkan dua lokasi di kawasan barat pulau ini - Tuas West, Jurong East dan pusat bandar - sebagai terminal HSR.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia sebelum ini menganggarkan HSR akan membawa sehingga 49,000 penumpang sehari, atau 17.9 juta orang setahun, pada tahun ke-10 operasinya.


Ia turut meramalkan jumlah tahunan penumpang mencapai 251 juta menjelang 2060.


Sebagai perbandingan, hubungan HSR antara Taipei dan Kaohsiung di Taiwan, yang panjangnya agak sama dengan hubungan Singapura-KL, mempunyai 44.5 juta penumpang setiap tahun.


Jurucakap suruhanjaya itu berkata ia mungkin memberi maklumat lanjut pada September ini.


Difahamkan pemerintah Singapura dan Malaysia bertemu sekali sebulan bagi projek itu.


Di Singapura, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menjemput tender April lalu bagi mengkaji lokasi paling sesuai bagi perhentian HSR di negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >