Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teroka campuran tenaga seperti kuasa hidrogen dan nuklear

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



SEDANG negara meninjau untuk mempelbagai sumber tenaganya, ia boleh meneroka kuasa hidrogen dan nuklear, kata Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) di Parlimen, semalam, hari pertama bahas Belanjawan 2022.



Beliau mengetengahkan idea tentang potensi Singapura menjadi hab hidrogen dan berkata ia harus memulakan penjanaan elektrik berdasarkan hidrogen dan keupayaan sel bahan api.



Dalam ucapannya yang memberi tumpuan terhadap keselamatan tenaga di tengah-tengah krisis iklim, Dr Tan menambah Singapura harus memerhati dengan teliti berhubung pembangunan tenaga nuklear dalam kedua-dua pembelahan (fission) dan pelakuran (fusion).



"Bagi pelakuran nuklear, kita harus terus menilai keselamatan reaktor modular kecil dan sama ada reaktor modular kecil masa depan boleh dikerahkan dengan selamat dalam konteks Singapura," katanya.



Akur bahawa sekitar 95 peratus elektrik Singapura dijana dengan menggunakan gas asli, beliau menyifatkannya sebagai "penumpuan risiko yang serius" sambil menambah bahawa gesaan bagi kenderaan elektrik akan terus meningkatkan penumpuan risiko.



"Terdapat kes untuk Singapura mempelbagaikan terus sumber elektrik dan melakukan demikian lebih awal daripada pasaran.



"Bagi daya tahan tenaga dan keselamatan tenaga, dan juga untuk mengurangkan jejak karbon sebagai sebahagian daripada respons krisis iklim," kata Dr Tan yang turut menambah bahawa panel solar dan grid kuasa serantau, cara yang digunakan Singapura kini, mempunyai kekurangannya sendiri.



Anggota Parlimen Dilantik dan saintis pemuliharaan, Profesor Koh Lian Pin turut menyentuh tentang topik kemampanan, sambil menggesa lebih banyak yang boleh dilakukan untuk membangunkan keupayaan kemampanan rentas sektor yang berbeza dan rantaian nilai.



Menurutnya, setiap pekerja harus mempunyai pengetahuan asas mengenai perubahan iklim dan kemampanan manakala jabatan fungsi korporat harus mempunyai set kemahiran khusus untuk membangunkan dan mengerahkan inisiatif kemampanan.



Kecekapan khusus sektor juga diperlukan untuk membolehkan peralihan berjaya bagi industri utama terhadap model dan amalan perniagaan lebih mampan, katanya.



Beliau menambah: "Dengan membantu lebih banyak bandar membangunkan keupayaan mereka bagi menangani perubahan iklim dan cabaran kemampanan, Singapura juga perlu menjadi sebuah Akademi Kemampanan bagi dunia."



Berhubung penyesuaian cukai karbon yang diumumkan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dalam ucapan Belanjawannya pada 18 Februari lalu, Profesor Koh berkata kenaikan itu akan memberi insentif kepada syarikat untuk beralih kepada tenaga yang boleh diperbaharui, mempertingkat keberkesanan tenaga dan melabur dalam teknologi bersih.



Encik Wong telah menyatakan bahawa kadar cukai karbon di Singapura akan dinaikkan daripada $5 setiap ton yang dikeluarkan kepada antara $50 dengan $80 menjelang 2030, dengan tujuan agar pengeluaran merosot kepada sifar bersih menjelang atau sekitar 2050.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >