Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teroka gaya hidup sihat pelajar ITE antara projek pusingan akhir cabaran eksperimen sains

ITE
Sep 14, 2017 | 05:30 AM



ADAKAH pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) mengamalkan gaya hidup sihat?



Itulah soalan yang diterokai sekumpulan pelajar ITE Kolej Barat yang melakukan eksperimen mengumpul data tentang gaya hidup pelajar ITE.



Projek mereka itu antara yang terpilih bagi pusingan akhir Cabaran Big Data Eksperimen Sains Nasional atau National Science Experiment Big Data Challenge, tahun ini.



Sebanyak 11 pasukan pelajar daripada sembilan sekolah menengah dan institut pendidikan posmenengah menyampaikan perincian dan dapatan eksperimen mereka di pusingan terakhir pertandingan itu di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) semalam.



Seorang anggota pasukan ITE Kolej Barat, Nur Hidayat Mohd Tahir, 17 tahun, berkata bahawa walaupun pasukannya tidak memenangi pertandingan itu, ia satu pengalaman yang membuka minda.



"Pengalamannya berharga buat kami. Tentu sekali ia memberi kami dorongan untuk melakukan lebih baik jika kami menyertainya lagi pada tahun depan," kata pelajar Nitec jurusan rangkaian dan aplikasi mobil itu.



Untuk eksperimen mereka, pasukannya memantau tabiat tidur, senaman dan diet 88 pelajar. Pelajar diberi alat SENSg yang digunakan untuk mengira masa yang mereka manfaatkan untuk bersenam dan jumlah hidangan buah dan sayur yang dimakan setiap hari. Ia juga dapat mengukur faktor daripada sekitaran seperti bunyi bising, suhu dan kelembapan.



Menerusi eksperimen itu, pasukannya mendapati hanya 42 peratus pelajar mendapatkan waktu tidur mencukupi antara tujuh dan sembilan jam, 19 peratus bersenam lebih 150 minit seminggu, dan tiada pelajar memenuhi keperluan memakan dua hidangan buah dan sayur setiap hari.



"Dapatan ini mengejutkan... Justeru, kami dapat beri saranan seperti menambahkan kepelbagaian buah-buahan dan sayur-sayuran di gerai makanan ITE, melanjutkan waktu operasi di gimnasium di sekolah dan sebagainya," kata Nur Hidayat.



Pertandingan itu, yang dianjurkan Yayasan Penyelidikan Nasional dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, SUTD, Pusat Sains Singapura, Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan One Map Singapore, turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >