Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teroka lanjut skim 'Uplift' ke pelajar ITE, poly: Maliki

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) sedang meneroka kemungkinan melanjutkan inisiatif Uplift yang telah diperkenalkan untuk membantu pelajar sekolah rendah dan menengah yang memerlukan, kepada pelajar politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman



Hasil satu semakan komprehensif yang sedang diterajui Dr Maliki bagi pendidikan amali termasuk di ITE dan politeknik, beliau mendapati ada pelajar yang perlu bekerja sambilan demi menyara kehidupan keluarga mereka.



Peluasan Uplift kepada golongan pelajar tersebut, menurut Dr Maliki, mengiktiraf bahawa cabaran yang dihadapi pelajar berterusan dan tidak hanya terhenti di peringkat sekolah menengah.



"Ramai di antara mereka masih lagi dibelenggu cabaran sosial disebabkan keadaan keluarga.



"Justeru, kami mahu memberi satu kepastian dan keyakinan kepada mereka bahawa apa jua cabaran yang mereka hadapi, kami akan berusaha memastikan mereka tetap berjaya dalam pendidikan dan kehidupan mereka," kata Dr Maliki.



Beliau berkata demikian dalam satu temu ramah dalam talian bersama media Melayu semalam - sehari selepas pembentangan bahas Belanjawan Kementerian Pendidikan (MOE) di Parlimen.



Dalam ucapan beliau di Parlimen kelmarin, Dr Maliki berkata beliau telah berinteraksi dengan lebih 400 pihak berkepentingan dari politeknik dan ITE, termasuk pelajar sejak beberapa bulan lalu.



Semakan itu, yang perinciannya akan didedahkan tidak lama lagi, merupakan pengiktirafan terhadap keperluan berterusan untuk mempersiap para lulusan untuk memenuhi keperluan industri yang berubah-ubah dan kepelbagaian aspirasi pelajar.



Menyentuh tentang cara pelaksanaan inisiatif itu kepada para pelajar ITE dan politeknik, Dr Maliki berkata kementeriannya akan meninjau cara-cara untuk memanfaatkan sumber masyarakat selain bekerjasama dengan program sedia ada.



Dalam pada itu, Dr Maliki turut berkongsi bahawa akan terdapat perubahan kepada kurikulum ITE dan ini akan diumumkan tidak lama lagi.



"Sekitar 70 peratus kohort pelajar pos menengah kami memilih untuk melangkah ke politeknik dan ITE, justeru mereka merupakan sumber utama negara kita.



"Dengan perubahan kurikulum ini, kami ingin memberi mereka satu harapan bahawa mereka boleh mencapai lebih tinggi sama ada meraih sijil Nitec Tinggi atau memanfaatkan diploma bekerja-belajar ITE," tambah Dr Maliki.



LAPORAN LANJUT: Maliki: Ajaran Bahasa Melayu perlu disesuaikan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >