Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teroka sejarah Kampong Gelam lewat permainan interaktif NHB

Mar 12, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai kini boleh meneroka sejarah Kampong Gelam menerusi satu permainan interaktif Lembaga Warisan Negara (NHB) yang dikenali sebagai Heritage Hunter.



Permainan itu, yang dilancarkan hari ini hingga 22 April depan, membolehkan peserta meneroka Kampong Glam menerusi titik interaktif yang tersedia di sekitar tapak penting kawasan itu.



Dengan hanya menggunakan telefon pintar, peserta boleh mengimbas objek dan seni bina menggunakan pengimbasan imej masa nyata yang membolehkan mereka berinteraksi dengan watak sejarah dalam realiti terimbuh (AR).



Antara objek dan ciri seni bina itu ialah Arab Street, Mural Warisan, Kelab Satay serta Taman Warisan Melayu (MHC).



NHB menjalankan edisi sulung Heritage Hunter dari 12 hingga 31 Mac tahun lalu dengan permainan melibatkan peserta mentafsirkan beberapa set petunjuk berjujukan, iaitu diatur mengikut susunan.



Petunjuk tersebut memaparkan item warisan, personaliti, tempat atau cerita berkaitan Kampong Gelam yang boleh diperolehi di portal sumber NHB roots.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >