Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teroka Taman East Coast antara tarikan pesta membaca NLB

Jun 26, 2021 | 05:30 AM



INGIN menikmati pengalaman membaca istimewa yang memerlukan anda menggunakan pelbagai deria?



Mulai pertengahan Julai hingga September ini, orang ramai boleh mengikuti jejak 'The Curious Adventures of The Salaryman', sebuah jejak interaktif yang akan membawa peserta melalui pelbagai tempat perhentian di Taman East Coast, Taman West Coast dan Plaza bangunan Perpustakaan Negara.



Peserta dapat mengikuti watak protagonis secara dalam talian yang mengembara dan cuba mencipta semula dirinya sambil keluar daripada rutin sehariannya yang membosankan.



Itulah antara tawaran utama festival Read! Fest 2021 yang bakal berlangsung dari 25 June hingga 18 Julai ini.



Acara tersebut anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) turut menawarkan lebih 60 program termasuk sesi membaca dan perbincangan panel dengan penulis setempat serta antarabangsa.



Kebanyakan program ini akan dijalankan secara dalam talian.



Bertemakan 'Reboot' atau menghidupkan semula sesuatu, festival tahun ini akan berkisarkan 12 buku dan topik utama, termasuk buku-buku dalam bahasa ibunda Melayu, Tamil dan Mandarin.



Paparan buku akan dipasang di semua perpustakaan awam untuk mendorong warga Singapura mempelajari lebih lanjut tentang 12 buku utama Read! Fest tahun ini.



Antara 12 buku itu termasuk 'Mitos Peribumi Malas' karya mendiang Profesor Dato' Dr Syed Hussein Alatas; 'Kerumunan Terakhir' karya penulis Indonesia, Okky Madasari; dan 'How to Stay Sane in an Age of Division' karya penulis Turki, Elif Shafak.



Kesemua 12 buku itu dipilih kerana mereka menyajikan perspektif baru mengenai kehidupan pada abad ke-21 terutamanya dalam masa-masa yang tidak menentu ini.



Buku-buku Inggeris boleh didapati dalam bentuk fizikal dan e-buku; sementara buku Melayu, Mandarin dan Tamil boleh didapati dalam bentuk buku fizikal di perpustakaan awam.



Selain itu, orang ramai juga boleh mengambil bahagian dalam acara amal 'Read for Book' atau 'Baca demi Buku' yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca dan berkongsi buku dengan mereka yang kurang berkemampuan.



Dari 10 hingga 26 Julai 2021, bagi setiap 10 orang yang membaca selama 15 minit, satu buku akan didermakan kepada penerima bantuan terpilih daripada program WondeRead NLB dan ItsRainingRaincoats.



Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam Zoom Read for Books di mana pustakawan akan berkongsi buku-buku kegemaran mereka dengan peserta.



Setelah selesai sesi mereka, para peserta boleh memuatnaik gambar aktiviti membaca mereka ke www.go.gov.sg/rfb-submit selewat-lewatnya 11.59 malam pada 6 Ogos.



Sehaluan dengan itu, untuk menggalakkan lebih ramai orang membaca, satu acara kemasyarakatan tahunan, Big Book Giveaway (BBG) juga akan diadakan tahun ini di mana orang ramai boleh membawa pulang secara percuma buku-buku yang pernah dibaca.



Dek situasi Covid-19 kini, BBG akan dibahagikan kepada beberapa acara kecil, BBG-mini, yang akan berlangsung dari 15 hingga 18 Julai.



Butiran lanjut boleh didapati di www.go.gov.sg/nlb-bbg6.



Read! Fest merupakan festival tahunan anjuran NLB untuk meraikan aktiviti membaca.



Dijalankan selama sekitar sebulan, ia memaparkan pelbagai aktiviti yang menggalakkan warga Singapura membaca.



"Sejak pelancaran Read! Fest pada 2014, kami sangat gembira dengan sambutan luar biasa daripada orang ramai, dengan kira-kira 780,000 peserta.



"Edisi keenam Read! Fest pada 2019 sahaja berjaya menarik hampir 300,000 peserta.



"Festival ini menyokong Gerakan Membaca Nasional kita di mana kami berharap semua orang dapat lebih banyak membaca, membaca dengan lebih luas dan membaca bersama," kata Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong.



Program penuh Read! Fest 2021 boleh didapati di www.go.gov.sg/readfest21.




ACARA BAHASA MELAYU READ! FEST 2021



 • Mitos Pribumi Malas, Wacana Penyahjajahan dan Ilmu Mandiri



> Dalam ucaptama ini, Profesor Syed Farid Alatas akan membincangkan bagaimana buku 'The Myth of the Lazy Native' dapat difahami sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk mengembangkan wacana yang akan menggantikan wacana Eurocentric atau yang menumpukan Eropah yang telah memihak kuasa kolonial serta kepentingan kelas pemerintahan semasa zaman pascakolonial.



- Penceramah: Profesor Syed Farid Alatas

- Sabtu, 26 Jun 2021, 11 pagi hingga 1 tengah hari

- Acara diadakan secara dalam talian.



 • Masihkah Ada Harapan? Mempertimbangkan Visi Kemanusiaan Masyarakat Teknologi



> Teknologi digital - platform media sosial, teknologi mudah alih, kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan data besar - semakin mendominasi bukan hanya ruang individu dan sosial tetapi juga bidang ekonomi dan politik. Apakah cabaran dan peluang yang ada dalam era revolusi teknologi ini?



- Panel penceramah: Hazman Baharom (Malaysia), Idris Rashid (Singapura), Okky Madasari (Indonesia)

- Rabu, 30 Jun 2021, 8 malam hingga 9.30 malam

- Acara diadakan secara dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >