Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terorisme: Empat warga S'pura ditahan di bawah ISA

Jul 29, 2016 | 04:02 PM



EMPAT warga Singapura, berusia antara 17 hingga 44 tahun telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi radikal atau terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan.



Zulfikar Mohamad Shariff, 44 tahun, dikenakan Perintah Tahanan (DO) sementara dua yang lain; Mohamed Saiddhin Abdullah, 33 tahun; dan seorang lulusan madrasah berusia 17 tahun dikenakan Perintah Sekatan (RO) bagi tempoh dua tahun bermula Julai ini.



Bekas tahanan ISA, Muhammad Fadil Abdul Hamid, 27 tahun, telah ditahan semula di bawah ISA bagi tempoh dua tahun bermula April lalu kerana bercadang untuk menyertai kumpulan pengganas seperti ISIS, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata di Syria.



Zulfikar yang menetap di Australia bersama-sama keluarganya, telah diberkas di Singapura.



Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata, Zulfikar mula terjebak dalam radikalisme seawal 2001 selepas membaca bahan-bahan berkaitan jihad.



"Dia menyokong kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah, dan menyokong Muslim mengangkat senjata di Afghanistan menyusuli serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001," menurut kenyataan tersebut.



Menurut MHA, Zulfikar telah membawa keluarga menetap di Australia pada 2002.



"Semasa di sana, dia terus mengikuti ideologi radikal dengan menyertai pertubuhan tegar Hizbut Tahrir. Dia juga telah terpengaruh dengan ajaran pemikir tegar seperti Anwar al-Awalaki.



"Dia telah mengadakan dan mengekalkan hubungan dengan penceramah radikal di Australia dan luar negara, seperti Musa Cerantonio and Anjem Choudary.



"Zulfikar menyokong terorisme dan kumpulan pengganas yang menggelar diri mereka Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



"Dia membuat beberapa kenyataan di Facebook yang mengagungkan dan menggalak Isis dan tindakan ganas mereka, mengeksploit agama untuk membenarkan kegiatan pengganas ISIS," menurut MHA dalam kenyataan itu lagi.



Zulfikar juga dikatakan telah mendorong Muslim untuk mengangkat senjata dan melakukan jihad bersenjata di tempat-tempat seperti Timur Tengah, wilayah Palestin, Myanmar dan Filipina.



"Untuk merangsang Muslim untuk mengangkat senjata, Zulfikar telah menyarankan penubuhan sistem sokongan untuk keluarga para pejuang.



"Zulfikar juga telah menggunakan media sosial untuk menyebarluaskan mesej radikalnya.



"Dia menganggap menyebarluaskan bahan radikal sebagai satu bentuk jihad, dengan menimbulkan kesedaran tentang ISIS dan menggalak jihad bersenjata.



"Zulfikar telah mempengaruhi sekurang-kurangnya dua warga Singapura ke arah pengganasan, salah seorang daripadanya ialah Muhammad Shamin Mohamed Sidik (kini ditahan kerana kegiatan melibatkan terorisme). Seorang lagi ialah Mohamed Saiddhin Abdullah, yang terdorong kerana kenyataan radikal Zulfikar," kata MHA lagi.



Zulfikar, menurut MHA juga mengaku bahawa selain mendukung ISIS dan jihad bersenjata, turut inginkan pengikutnya secara dalam talian untuk menolak sistem demokrasi negara sekular dan memperkenalkan kekhalifahan Islam, berasaskan Syariah.



"Dia percaya bahawa keganasan harus digunakan untuk mencapai matlamat ini jika perlu," menurut kenyataan itu lagi.



Demi mencapai matlamatnya, Zulfikar dikatakan telah mengadakan program latihan yang bertujuan membuat warga Singapura menjadi radikal ahar mereka dapat dipujuk untuk menyertai agenda melampaunya itu.



"Demi memenuhi matlamat pembentukan khalifah Islam jagat, dia telah membangunkan satu kumpulan 'online' yang dinamakan "Al-Makhazin" pada 2013, dan wadah "Al-Makhazin" di Facebook untuk Muslim memerangi media Barat, semasa menetap di Australia.



"Zulfikar telah mengaku bahawa dia punya muslihat dalam membangunkan satu laman Facebook "Al-Makhazin Singapore" yang dia gunakan sebagai wadah untuk menimbulkan rasa kurang senang berkenaan isu-isu Muslim di Singapura dan menyerang beberapa warga Muslim Singapura yang tidak mengongsi pandangannya.



"Agenda sebenarnya adalah unuk membangkitkan kemarahan Muslim di Singapura untuk menggantikan sistem demokrasi dengan sebuah negara Islam di Singapura.



"Dia kata dia menyembunyikan motif sebenarnya dari warga Singapura yang menjadi ahli "Al-Makhazin Singapore".



Menurut kementerian itu, melihat kepada ancaman terorisme peringkat tinggi yang kini dihadapi Singapura, dan ancaman terorisme yang dibawa oleh ISIS, tindakan Zulfikar menggalak keganasan dan ISIS dan pengaruh radikalnya telah memberi ancaman keselamatan terhadap Singapura.



"Adakala dia cuba menyembunyikan hasrat sebenarnya, dengan mengemukakan pandangan yang sederhana. Tetapi hakikatnya, dia percaya dalam menggunakan keganasan untuk menjatuhkan sistem demokrasi pemerintah, dan memperkenalkan kekhalifahan Islam.



"Dia terus menyokong ISIS, dan mahu rakyat Singapura melakukan yang sama.



"Pemerintah mengambil pandangan serius akan usaha yang menggugat demokrasi berperlembagaan Singapura, dan akan mengambil langkah tegas dan yakin terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam aksi sedemikian.



"Dia telah dikenakan Perintah Tahanan untuk jangka masa dua tahun."



Dalam pada itu, dua warga Singapura yang ditahan di bawah ISA sebelum ini telah dibebaskan.



Abdul Basheer Abdul Kader, 37 tahun, yang menjadi radikal secara sendiri, dan ditahan semula pada Oktober 2012 telah dibebaskan di bawah Arahan Penggantungan (SD) selepas "dia didapati tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan yang memerlukan penahanan pencegahan".



Rijal Yadri Jumari, 35 tahun, yang sebelum ini menyertai sayap 'Al-Ghuraba' kumpulan Jemaah Islamiyah dan ditahan pada 2008 telah dibebaskan dengan Arahan Sekatan (RO) ke atasnya dibiarkan tamat pada Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >