Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terowong keluar Sentosa akan kurangi kesesakan di kawasan berdekatan

Jan 26, 2017 | 08:20 AM



TEROWONG keluar Sentosa bernilai $160 juta, yang pembinaannya tertangguh setahun, mungkin dibuka seawal April dan mengurangkan kesesakan di sekitar kawasan itu.



Terowong dua lorong bermula pada regangan antara VivoCity dan St Station Power James itu melalui bawah Telok Blangah Road, sebelum keluar ke dua jalan satu lorong - satu ke Lower Delta Road dan satu lagi ke Keppel Road.



Terowong satu hala itu akan membolehkan pengguna jalan raya yang meninggalkan Sentosa memintas persimpangan sibuk di Sentosa Gateway dan Telok Blangah Road, dan juga di Telok Blangah Road dan Kampong Bahru Road.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebelum ini berkata pemandu yang menggunakan terowong itu boleh mengurangkan separuh masa perjalanan mereka.



Ia juga dijangka mengurangkan sepertempat daripada masa perjalanan di permukaan jalan.



LTA pada Rabu (25 Jan) menyatakan kerja-kerja struktur, elektrik dan mekanikal projek itu telah siap dan kini berada di peringkat akhir kerja di permukaan jalan raya.



Terowong ini dijadual diuji pada suku pertama tahun ini sebelum ia boleh dibuka "sejurus kemudian".



Projek itu diumumkan pada 2008 bagi menangani jangkaan peningkatan dengan pelancaran Resorts World Sentosa pada 2010, dan pembangunan kediaman dan komersial baru di Sentosa.



Kerja bermula pada 2010 dan disasarkan selesai pada akhir 2015. Kerumitan melewatkan pembinaannya.



Terowong jalan itu terletak hanya 1.6 meter di atas terowong MRT Utara-Timur dan kira-kira satu meter daripada asas jalan jembatan (viaduct) West Coast. Ini bermakna kerja membina terowong perlu dilakukan dengan hati-hati supaya struktur di sekitarnya tidak terjeja. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >