Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terperangkap di Tuas lebih 6 jam dek kejadian litar pintas

Aug 29, 2019 | 02:12 PM



PERJALANAN trafik di Pusat Pemeriksaan Tuas pada pagi Khamis (29 Ogos) terjejas teruk akibat satu kejadian litar pintas.



Kesesakan memanjang hingga lebih enam jam. 



Gangguan pada sistem itu berlaku pada 6.45 pagi, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Sistem pelepasan automatik bagi motosikal dan bas tidak terjejas.



ICA berkata sistem mengimbas kereta semakin pulih sekitar 8 pagi. 



Walaubagaimanapun, apabila akhbar The Straits Times (ST) membuat pemeriksaan pada tengah hari, kamera litar tertutup di kawasan tersebut menunjukkan kesesakan masih berpanjangan di kededua arah keluar dan masuk Singapura.



Trafik keluar Singapura mula reda pada 1 petang, namun trafik masuk ke negara ini masih sesak.



Pihak berkuasa berkata operasi membenarkan kenderaan keluar dan masuk Singapura terpaksa digantung seketika kerana terdapat sebuah kenderaan yang telah mengelak dari diperiksa apabila ingin berlepas dari Malaysia. 



Dalam satu kenyataan pada Khamis, ICA berkata, lebih banyak pegawai dikerahkan untuk mengawal keadaan, misalnya pegawai yang bekerja pada sebelah malam pada hari sebelumnya terpaksa pulang lewat untuk sama-sama membantu proses pemeriksaan pelancong. 



Bahkan, satu zon khas kereta yang ingin berlepas dari Singapura dijadikan zon di mana kereta yang baru tiba boleh diperiksa.



Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran yang pertama mengenai kesesakan lalu lintas di pusat pemeriksaan tersebut pada 7.24 pagi, dan menasihati pemandu agar memeriksa lelaman One Motoring sebelum memulakan perjalanan mereka. 



Kesesakan di Tuas diburukkan lagi dek pertembungan dengan kesesakan pada waktu pagi, yang selalu berlaku di sana. 



Berikutan pemeriksaan lanjut yang dibuat oleh akhbar ini, perjalanan lalu lintas keluar dan masuk Singapura di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 4.53 petang dilaporkan lancar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >