Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Terperanjat dan terharu Aaron Aziz datang buka bersama

Jun 20, 2017 | 05:30 AM



SEORANG ibu tunggal 11 anak, Cik Rafeah Abdul Kadir, dan anak- anaknya terpaku tidak terkata apabila melihat pelakon Aaron Aziz berdiri di depan pintu flat tiga bilik mereka di Hougang kelmarin.



Rasa malu yang menyelubungi diri mereka reda sedikit apabila Aaron duduk bersila di ruang tamu flat itu untuk beriftar bersama mereka setelah azan berkumandang.



"Terperanjat dan terharu rasanya melihat Aaron, yang terbang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk beriftar dengan kami. Selama ini, saya hanya tengoknya semasa menonton drama di TV. Macam tak percaya, nampak orangnya di depan mata,'' kata Cik Rafeah, 39 tahun, yang mempunyai anak berusia daripada tujuh hingga 21 tahun.



Beliau bercerai dengan suaminya tahun lalu dan sekarang tidak bekerja kerana menjaga anak bongsunya, Nur Qistina, anak istimewa yang mengalami kecacatan yang membantutkan pertumbuhannya serta palsi serebrum, yang membuatnya tidak dapat berjalan.



Ibu bersemangat kuat itu dan lima anaknya menikmati juadah iftar yang ditaja oleh Crave Nasi Lemak & Teh Tarik dan piza daripada Pezzo.



Acara kejutan iftar bersama Aaron bagi dua keluarga berpendapatan rendah itu antara acara sambutan ulang tahun ke-60 Berita Harian (BH) tahun ini.



Walaupun sibuk dengan pengambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel pada bulan puasa ini, Aaron tetap melahirkan kesudian beriftar bersama keluarga susah demi menceriakan mereka.



Sabtu lalu, beliau beriftar bersama sebuah keluarga bapa tunggal dan tujuh anaknya, yang buat kali pertama tahun ini akan menyambut Hari Raya tanpa ibu mereka, yang meninggal dunia bulan lalu. Malah, Aaron sempat menjadi imam solat maghrib bersama keluarga itu.



"Apabila saya melihat anak-anak keluarga mereka, saya tahu perasaan mereka. Saya juga anak yatim. Bapa saya meninggal dunia ketika umur saya baru satu tahun.



"Saya tahu bagaimana susahnya hidup hanya bersama ibu atau ayah. Harapan saya ialah anak-anak itu mengikut jalan yang salah. Itulah harapan ibu bapa. Saya hanya dapat berdoa bagi kesejahteraan mereka,'' kata Aaron, yang terpaksa bergegas selepas iftar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur yang berlepas pada 9 malam. * (Sila lihat pembetulan di bawah)



Anak keempat Cik Rafeah, Farhana Mazlan, 17 tahun, yang sedang menuntut di Politeknik Republik, melahirkan rasa terima kasih atas kejutan dan tajaan iftar itu.



"Jamuan iftar hari ini lebih istimewa. Biasanya, kami makan nasi yang dimasak oleh ibu. Hari ini, kami bersyukur mendapat pelbagai makanan terhidang untuk iftar, seperti piza dan nasi lemak dari Crave, yang belum pernah saya rasa,'' katanya.



Rakan kongsi Crave, Encik Abdul Malik Hassan, berkata beliau berasa terdorong mengongsi keceriaan Ramadan bersama golongan susah.



"Saya rasa bertanggungjawab sebagai orang Islam untuk sama-sama mengongsi rezeki dengan mereka. Saya dibesarkan oleh ibu bapa saya supaya tidak lupa akan mereka yang tidak senasib dengan kita,'' katanya.



* Dalam laporan bertajuk Terperanjat dan terharu Aaron Aziz datang buka bersama di Muka 3 akhbar ini hari ini, kami tersilap menukil pelakon Aaron Aziz sebagai berkata: “Harapan saya ialah anak-anak itu mengikut jalan yang salah.”  Sebenarnya, beliau berkata: “Harapan saya ialah anak-anak itu tidak mengikut jalan yang salah.” Kami meminta maaf bagi kesilapan itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >