Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terrex dipersiap pulang ke Singapura

Jan 27, 2017 | 09:51 AM



SATU daripada sembilan kereta perisai Terrex Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang dipersiap untuk dimuatkan ke sebuah trak di sebuah terminal kargo di Hongkong Khamis (26 Jan).



Pada Selasa, selepas lebih dua bulan kenderaan itu ditahan semasa singgah dalam perjalanan pulang dari satu latihan ketenteraan di Taiwan, Hongkong berkata ia telah selesai melakukan siasatan kerana disyaki melanggar undang-undang dan akan mengembalikannya.



Kenderaan itu dikeluarkan dari kawasan pemeriksaan kargo Kastam Hongkong di Tuen Mun.



Menurut akhbar South China Morning Post, kenderaan dihantar ke terminal kontena di Kwai Chung, dan akan dimuatkan ke sebuah kapal kargo dan dihantar pulang ke Singapura sebaik sahaja urusan berkaitan dengannya selesai.



Ia akan dibawa pulang oleh kapal kargo APL yang didakwa gagal mengemukakan permit yang sesuai semasa singgah di Hongkong.



APL menyatakan ia akan menghantar kenderaan berkenaan langsung tanpa singgah di mana-mana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >