SEMBILAN kenderaan berperisai Terrex milik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sudah tiba di Singapura - lebih dua bulan selepas ditahan di Hongkong.
Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata sembilan Kenderaan Pengangkut Infantri Terrex dan peralatan lain tiba di Singapura pada 2.40 petang semalam dan akan dipindahkan ke kem SAF bagi proses pentadbiran pascalatihan.