Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tersangkut di dahan pokok: Acres selamatkan burung tiung

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



SEEKOR burung tiung yang tersangkut di dahan pokok dengan pengikat kabel dan bahan seperti glu berjaya diselamatkan oleh Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) kelmarin.



Dalam catatan di laman Facebook semalam, Acres berkata pihaknya telah menerima panggilan melalui talian hotline #WildlifeRescue kira-kira 8.30 pagi Rabu mengenai burung yang terkandas di Blok 503 Choa Chu Kang Street 51.



Kata persatuan itu, pegawai polis juga telah berada di tempat kejadian, dan burung tiung itu diselamatkan pada 8.50 pagi.



Burung tersebut sedang pulih.



Acres berkata: "Tanpa panggilan yang tepat pada masanya daripada orang awam, burung itu akan mati akibat stres dan trauma kerana kehilangan bulu atau dehidrasi, atau haiwan pemangsa juga boleh menjadi tersekat pada bahan tersebut."



Acres menambah bahawa Lembaga Taman Negara (NParks) akan menyiasat kes tersebut, dan persatuan itu juga telah memberikan semua maklumat yang diperlukan, termasuk lokasi kamera litar tertutup kepada lembaga tersebut.



Meskipun burung tiung tidak dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar, Acres berkata kejadian tersebut dan kes lain yang mengikat kaki burung tiung dengan pengikat kabel atau plastik dan menggantungnya dari tempat tinggi ialah tindakan yang kejam di bawah Akta Haiwan dan Burung kerana ia menyebabkan penderitaan dan kesakitan.



Mereka yang didapati melakukan kekejaman terhadap haiwan boleh didenda sebanyak $15,000, dipenjara sehingga 18 bulan, atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.



Untuk kesalahan berikutnya, pesalah boleh didenda sebanyak $30,000, dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.



Acres menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berguna yang berkaitan dengan kejadian kelmarin untuk menghantar foto, video dan teks kepada e-mel acrescrime@gmail.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >