Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Tersekat' antara sempadan SG-Australia

Pelajar S'pura yang pulang ke tanah air tidak dapat kembali ke Australia untuk teruskan pengajian, yang masih di sana pula tidak dapat pulang
Nov 18, 2020 | 05:30 AM



PELAJAR Singapura yang menuntut di Australia, dan mereka yang sepatutnya menyambung pengajian mereka di sana menyuarakan kebimbangan dan meluahkan perasaan hampa berikutan pengumuman Jumaat lalu bahawa pelajar asing tidak akan dibenarkan pulang ke Australia dalam usaha negara itu memperlambat penularan Covid-19.



Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata langkah itu adalah untuk memberi keutamaan kepada ribuan warga Australia yang tersangkut di luar negara untuk kembali kerana kemudahan kuarantin yang tidak mencukupi.



Australia mengehadkan bilangan warga tempatan yang dibenarkan pulang setiap minggu untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.



Pengumuman Encik Morrison timbul selepas Canberra memulakan percubaan awal tahun ini untuk mengembalikan kepulangan pelajar luar negara pada 2021.



Cik Nadiah Amalina Mustafa, 21 tahun, antara pelajar Singapura di Australia, memberitahu Berita Harian bahawa pengumuman itu telah dijangkakan, memandangkan keadaan koronavirus di serata dunia belum beransur pulih.



"Saya rasa ia (pengumuman) tidak datang sebagai sesuatu yang mengejutkan sebab negara lain juga melakukan perkara yang sama. Saya faham bahawa negara itu akan mahu meletakkan keutamaan pada kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan mereka," kata mahasiswi tahun kedua Sarjana Muda Sains Klinikal dan Doktor Perubatan di Universiti Flinders di Adelaide itu.



"Saya hanya bimbang berapa lama penutupan sempadan ini akan berlarutan."



Cik Nadiah sepatutnya pulang ke tanah air bulan ini untuk cuti musim panas selepas tamat peperiksaannya.



Namun, sekatan ini bermakna beliau tidak dapat pulang ke Singapura.



"Nasib baik saya belum beli tiket penerbangan pulang. Saya agak risau bahawa saya tidak akan dapat kembali ke Australia jika ke Singapura lantas saya fikir ia lebih selamat untuk tunggu sehingga pemerintah berikan jawapan tetap mengatakan bahawa pelajar antarabangsa dapat kembali ke Australia," tambahnya, yang kali terakhir pulang ke Singapura pada pertengahan November tahun lalu hingga Februari tahun ini.



Senasib, mahasiswa Universiti South Australia di Adelaide, Encik Shakeel As'ad Mohamed Suada, 25 tahun, juga tidak akan pulang ke Singapura pada musim cuti panas ini.



Kecewa namun Encik Shakeel, yang kali terakhir pulang ke tanah air pada pertengahan Februari lalu, memahami langkah yang dikuatkuasa pemerintah Australia.



"Keluarga saya agak sedih dengan berita itu kerana mereka mempunyai rancangan untuk datang ke sini dalam awal tahun ini. Dan juga walaupun saya belum mempunyai rancangan untuk pulang ke Singapura tahun ini, mengetahui bahawa saya mempunyai pilihan untuk mengambil penerbangan pulang sentiasa menenangkan," tambah mahasiswa tahun ketiga dalam jurusan Sarjana Muda Kejururawatan.



Beliau turut menyuarakan kebimbangan sekatan akan diperpanjang lagi dengan peningkatan kes Covid-19 di Adelaide, dan menjangka negara tersebut tidak akan membuka sempadan bagi perjalanan antarabangsa dalam masa terdekat.



Justeru beliau mungkin perlu berhadapan dengan keadaan 'tersangkut' di sana buat masa yang lama.



Sementara itu, warga Singapura yang sepatutnya kembali ke Australia untuk sambung pengajian mereka bimbang kerana langkah ini mungkin akan menjejas tempoh pengajian mereka.



Cik Siti Nadiah Arman, 24 tahun, yang dalam tahun pertama menuntut Sarjana Patologi Pertuturan di Universiti Curtin telah memulakan semester pertamanya Januari lalu di Perth selama tiga bulan sebelum pulang ke Singapura disebabkan Covid-19.



Beliau sepatutnya berangkat ke Australia sebelum Ogos untuk semester kedua tetapi tidak dapat melakukan demikian disebabkan sekatan sempadan.



"Saya sedih dan hampa kerana saya mungkin perlu melanjutkan kursus saya untuk lagi satu tahun disebabkan virus ini. Namun, saya lega untuk berada di rumah bersama keluarga saya sewaktu tempoh ini yang tidak pernah berlaku dahulu. Saya lebih rela berada di rumah berbanding dengan Perth kini, melihat bagaimana jumlah kes Covid-19 sedang meningkat di Australia," katanya.



Beliau menambah ini kerana walaupun telah menjalani kebanyakan kelas dalam talian, beliau tidak dapat menyelesaikan program belajar sambil bekerja dalam talian atau di Singapura.



Walaupun melanjutkan kursus untuk lagi satu tahun adalah masa yang lama, beliau tetap kekal tenang memandangkan semua orang sedang berhadapan dengan situasi yang sama.



"Kami perlu percaya dan berdoa agar vaksin akan datang tidak lama nanti," tambahnya.




"Saya rasa ia (pengumuman) tidak datang sebagai sesuatu yang mengejutkan sebab negara lain juga melakukan perkara yang sama. Saya faham bahawa negara itu akan mahu meletakkan keutamaan pada kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan mereka. Saya hanya bimbang berapa lama penutupan sempadan ini akan berlarutan."
- Cik Nadiah Amalina Mustafa, 21 tahun, mahasiswi tahun kedua Sarjana Muda Sains Klinikal dan Doktor Perubatan di Universiti Flinders di Adelaide.



"Keluarga saya agak sedih dengan berita itu kerana mereka mempunyai rancangan untuk datang ke sini dalam awal tahun ini. Dan juga walaupun saya belum mempunyai rancangan untuk pulang ke Singapura tahun ini, mengetahui bahawa saya mempunyai pilihan untuk mengambil penerbangan pulang sentiasa menenangkan."
- Encik Shakeel As'ad Mohamed Suada, 25 tahun, mahasiswa tahun ketiga Sarjana Muda Kejururawatan Universiti South Australia di Adelaide.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >