Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

KELAM SEKTOR HIBURAN MALAM

Tersentak, sumber pendapatan suami isteri sebagai penghibur terputus mendadak

Anggota band NationOne alih tumpuan ke niaga dari rumah, 'livestreaming' demi penuhi keperluan keluarga
Nov 27, 2021 | 05:30 AM



Tirai pentas masih tertutup bagi penghibur dan pemuzik yang sebelum ini bergantung kepada sumber pendapatan dari persembahan yang dibuat di kelab-kelab malam atau restoran di sini. Hampir dua tahun selepas pandemik melanda, sektor hiburan malam merupakan antara sektor yang tidak menunjukkan sebarang isyarat bakal pulih dalam masa terdekat, sekali gus mendorong ramai pemuzik dan penghibur untuk mencari sumber rezeki berbeza atau berpindah ke sektor lain demi menyara hidup.



SETELAH lebih sedekad menyanyi dan menghibur bersama kumpulannya di serata Singapura termasuk di beberapa pusat hiburan popular, Cik Razlyna Ajis tersentak apabila sumber pendapatannya itu hilang secara mendadak.



Hampir dua tahun telah berlalu sejak kes Covid-19 pertama dikesan di sini, tetapi bibit harapan keadaan akan pulih dan kembali seperti biasa semakin pudar bagi Cik Razlyna dan anggota lain band NationOne, meskipun pada awalnya mereka optimis keadaan dapat pulih dalam tempoh enam bulan selepas pandemik mula melanda.



NationOne, yang sebelum itu banyak terlibat dalam gig muzik di kelab malam dan pusat hiburan utama seperti Timbre dan Highlander, terpaksa menghentikan persembahan secara live selama hampir dua tahun.



Cik Razlyna dan suaminya, Encik Kazhendra Kas Kazan, yang juga merupakan anggota band NationOne, telah cuba mengadakan persembahan di alam maya, tetapi sambutan yang kurang bermaya telah mendorong mereka mencari sumber pendapatan alternatif dengan segera.



Katanya: "Boleh dikatakan pada masa itu kami dua-dua hilang pekerjaan."



Menurut Cik Razlyna, walaupun ada tawaran untuk memberi persembahan secara dalam talian, namun pendapatan melalui saluran itu tidak konsisten.



"Saya dah buat pekerjaan ini begitu lama sehinggakan pada masa itu, bila kami terpaksa berhenti, saya terus dah tak tau nak buat apa lagi.



"Sumber pendapatan saya dan suami terjejas, dan terlalu banyak perubahan yang perlu kami lalui sehinggakan saya kemurungan semasa tempoh itu," ujar ibu dua anak berusia 41 tahun itu.



Setelah mendapati sektor tersebut tidak kelihatan akan pulih dalam masa terdekat, Cik Razlyna memutuskan untuk memulakan perniagaan dari rumah (HBB) sejak Ramadan lalu.



Menggunakan jenama Anak Mak, beliau mula menjual masakan Melayu menggunakan resipi ibunya.



Suaminya pula beralih tumpuan kepada menyediakan khidmat 'livestreaming' dan juga menawarkan ruang studio untuk disewa. Encik Kazhendra juga menggubah muzik jika ada permintaan untuk berbuat demikian.



Buat masa ini, usaha mereka itu sedikit-sebanyak memberi mereka pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan keluarga.



Namun Cik Razlyna akui masih menaruh harapan keadaan akan kembali pulih supaya mereka dapat meneruskan minat dan kerjaya dalam bidang muzik.



Baru-baru ini, semangat untuk meneruskan minatnya itu kembali membara setelah mendapat tawaran untuk membuat persembahan 'live' selama dua jam di The Star Gallery - sebahagian siri Star Wala, Live x Loud - yang dijadual berlangsung hari ini.



"Kami seakan tak percaya dapat peluang ini sekali lagi, memang rindu sangat untuk buat persembahan atas pentas... dapat melihat penonton di depan mata.



"Mereka yang sudah kenal dengan kami pun cukup teruja. Saya rasa macam saya akan menitiskan air mata di atas pentas kerana rasa terlalu terharu," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >