TERPULANG kepada anggota Kabinet muda membuat keputusan di kalangan mereka siapakah Perdana Menteri Singapura yang baharu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.
"Mereka perlu memutuskan kerana mereka perlu menyokong beliau dan membantu melaksana sistem agar pasukan dapat bergerak," ujar Encik Lee di Tokyo, Jepun, dalam sesi khas Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-22 mengenai Masa Depan Asia.