Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tertarik dek 'tawaran' pakej hotel mewah, sejumlah lebih $400,000 'hangus'

Dec 18, 2021 | 07:00 AM



DEK 'terpengaruh' dengan tawaran murah pakej penginapan di hotel mewah di Singapura, Cik Shidah pun dengan pantas membuat tempahan bilik hotel lima bintang di Sentosa.



Namun alangkah terkejutnya beliau setibanya di hotel tersebut untuk memulakan percutiannya, si penjual pakej tempahan tersebut memberitahunya pihak hotel telah membatalkan tempahan mangsa - meskipun bayaran telah dilunaskan.



Cik Shidah, 36 tahun, salah seorang mangsa, memberitahu Berita Harian (BH), beliau telah membayar hampir $7,900 bagi beberapa tempahan berasingan.



Penjual pakej tempahan di sosial media itu dikatakan menggunakan nama 'Farah Diyanah'.



Usaha akhbar ini menghubungi 'Farah Diyanah' sejak kelmarin tidak berjaya.



Polis semasa dihubungi BH mengesahkan seorang wanita telah diberkas.



"Hasil siasatan yang dijalankan para pegawai dari Jabatan Ehwal Komersial (CAD) telah mengenal pasti identiti wanita itu dan memberkasnya. Dia kini sedang membantu polis dalam siasatan," kata polis dalam kenyataannya lewat malam kelmarin tetapi tidak mendedahkan identiti wanita terbabit.



Siasatan awal polis menunjukkan wanita berusia 32 tahun itu dipercayai terlibat dalam lebih 300 tempahan pakej bilik hotel yang tidak dipenuhi dengan jumlah kerugian lebih $400,000.



Wanita berkenaan yang menggunakan akaunnya di Instagram dan platform e-dagang, Carousell, kini sedang membantu siasatan.



Laporan lanjut: Harapan percutian murah di hotel idaman di Sentosa punah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >