Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tertarik dengan prospek kerjaya sektor binaan

Mar 07, 2019 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus menyokong firma untuk membangunkan bakat setempat dalam sektor binaan, termasuk melatih karyawan pertengahan kerjaya.



Menyatakannya semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata ini dilakukan menerusi Program Penukaran Profesional (PCP).



Tahun lalu, pemerintah memperkenalkan PCP dalam bidang model maklumat bangunan (BIM).



Berucap di Parlimen semalam, Encik Zaqy memberi contoh Encik Mohamad Saifullizan Abd Rahman yang menyertai PCP tersebut kerana tertarik dengan prospek kerjaya sebagai seorang karyawan BIM.



"Beliau telah menerima latihan berstruktur dalam kemahiran penting BIM, serta kemahiran di tempat kerja dengan penaja industri, Lum Chang Building Contractors," ujar Encik Zaqy.



Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) akan bekerjasama dengan Workforce Singapore (WSG) untuk menarik lebih ramai individu seperti Encik Saiful ke dalam sektor sekitaran binaan.



Oleh itu, PCP akan diperluaskan kepada bidang lain, termasuk bagi karyawan yang menyokong projek Reka Bentuk untuk Pembuatan dan Pemasangan (DfMA) serta kemudahan di luar tapak.



Bulan lalu, BCA menubuhkan Jawatankuasa Tiga Pihak iBuildSG untuk menyelaras pelbagai strategi pembangunan bakat dalam sektor sekitaran binaan.



Antara lain, jawatankuasa itu sedang membangun sebuah rangka kerja kemahiran untuk mengenal pasti kemahiran dan program latihan untuk membantu profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) kekal relevan dalam sektor tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >