Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Tertekan butang salah tak apa, jangan tak tahu tekan butang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT ANAK WATAN

Tertekan butang salah tak apa, jangan tak tahu tekan butang

Jurulatih Akademi Warga Emas Nasional mahu warga emas berani guna, manfaatkan teknologi
Dec 31, 2021 | 05:30 AM

Pelbagai kursus ditawarkan Akademi Warga Emas Nasional (NSA) bagi golongan berusia 50 tahun dan ke atas bagi meluaskan kemahiran mereka dan memastikan minda mereka kekal aktif. Mereka boleh mengikuti modul Agama dalam Dunia Moden atau Pengenalan kepada Linguistik Melayu, belajar bahasa Perancis, menyunting gambar digital, cara berbelanja dan membuat pembayaran dalam talian dengan menikmati subsidi dan membayar menggunakan Kredit SkillsFuture.


SALAH satu cara datuk dan nenek dapat mengeratkan lagi hubungan dengan cucu dalam era digital ini ialah dengan mempelajari selok- belok komunikasi menggunakan telefon bijak.

Ini lebih daripada setakat menekan butang bagi membuat panggilan telefon kepada cucu, kata jurulatih program Akademi Warga Emas Nasional (NSA), Encik Muhammad Suhaimi Pa'at.

"Mereka boleh belajar mengambil gambar dan menghantar e-mel menggunakan telefon bijak. Ini akan membolehkan warga emas berinteraksi dengan lebih baik bersama anak dan cucu mereka," katanya.

NSA, yang ditadbir oleh Majlis Bagi Usia Ketiga (C3A), agensi yang menggalak penuaan aktif di Singapura, dilancarkan pada 2016.

Pada Oktober lalu, C3A menganjurkan Jerayawara Maya NSA edisi ketiga bagi mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan kesukarelawanan dalam kalangan warga emas berusia 50 tahun dan ke atas.

Lebih 300 kursus ditawarkan oleh lebih 60 rakan kongsi, termasuk institusi pendidikan dan pertubuhan berasaskan masyarakat.

Encik Suhaimi, 38 tahun, menjadi jurulatih pelbagai program untuk kanak-kanak dan orang dewasa sejak hampir sedekad lalu tetapi hanya mula melatih warga emas sejak 2017 di bawah Mendaki Sense, salah satu rakan kongsi NSA.

Beliau mengajar warga emas, antara lain, cara menggunakan aplikasi Zoom, e-mel, mengambil gambar dengan baik dan menyunting gambar. Kursus-kursus itu sesingkat empat jam atau sepanjang dua hari.

"Dalam kelas, warga emas biasanya akan ada banyak soalan dan saya akan berusaha menjawab soalan mereka dan memahami apa yang mereka mahu belajar. Saya mahu beri mereka keyakinan untuk tidak berasa takut akan teknologi," ujarnya.

Ditanya tentang keprihatinan warga emas yang biasa beliau dengar, Encik Suhaimi berkata mereka sering takut tertekan salah butang.

"Saya yakin yang mereka mahu menjadi sebahagian dunia anak dan cucu mereka, cuma mereka takut kalau tersalah tekan butang, telefon mereka akan rosak.

"Jadi ini tujuan saya dalam kelas. Saya mengajar mereka, jika tertekan butang salah, ada jalan keluarnya," katanya, yang turut mengajar menaip menggunakan komputer riba.

Dengan saiz kelas kecil, iaitu seorang jurulatih bagi paling ramai 15 pelajar, warga emas yang mengikuti program-program itu dapat perhatian mencukupi daripada jurulatih.

Encik Suhaimi berkata beliau seronok mengajar warga emas yang beliau anggap seperti ibu bapa dan datuk neneknya sendiri, dan berharap mereka memahami dan dapat mengamalkan sekurang-kurangnya 15 peratus daripada apa yang diajarnya di dalam kelas, atau keluar kelas dengan berasa lebih berani menggunakan teknologi.

"Saya lihat sejak pandemik Covid-19 bermula, penggunaan teknologi melonjak. Sesiapa yang tidak belajar akan ketinggalan.

"Sekiranya warga emas perlu duduk di rumah lama, teknologi akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan keluarga menggunakan Zoom dan sebagainya," kata Encik Suhaimi.


KETINGGALAN KALAU TAK BELAJAR 

"Saya lihat sejak pandemik Covid-19 bermula, penggunaan teknologi melonjak. Sesiapa yang tidak belajar akan ketinggalan. Sekiranya warga emas perlu duduk di rumah lama, teknologi akan membolehkan mereka berkomunikasi dengan keluarga, menggunakan Zoom dan sebagainya.
- Encik Muhammad Suhaimi Pa'at, jurulatih program di Akademi Warga Emas Nasional (NSA).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3