Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terus amalkan perkara yang bawa manfaat dalam krisis: Masagos

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah mendatangkan manfaat yang tidak terduga seperti membawa kelas keagamaan dan kegiatan dakwah ke dalam talian.



Justeru Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menyeru agar perkara yang telah memberi manfaat yang timbul daripada krisis itu tidak ditinggalkan.



Beliau menyatakan demikian di sisi acara berbuka puasa hibrid di Masjid Al-Muttaqin semalam, yang dihadiri 135 tetamu termasuk Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan beberapa pemimpin berbilang agama.



Encik Masagos meluahkan kesyukuran dapat menyambut Ramadan dengan solat berjemaah dan saf yang dirapatkan tahun ini.



"Ini adalah satu peningkatan yang amat bermakna bagi umat Islam di Singapura. Ini kerana juga kerjasama daripada ahli jawatankuasa masjid yang mengatur semua langkah untuk mengekang penularan Covid-19 dan juga masyarakat yang sangat berdisiplin menjaga keselamatan satu sama lain dan sekali gus menyumbang kepada keselamatan negara," katanya.



"Saya juga melihat bahawa Covid-19 ini juga mendatangkan manfaat yang tidak terduga, umpamanya Gerakan SalamSG, di mana kita telah menggunakan wadah dalam talian untuk menyampaikan dakwah dan masyarakat semakin mesra dengan saluran yang baru ditubuhkan oleh rangkaian masjid dan juga Muis (Majlis Ugama Islam Singapura).



"Kita jangan tinggalkan apa yang telah memberi kita manfaat dalam krisis ini," katanya.



Encik Masagos menambah yang Covid-19 masih lagi ada, dan langkah pengurusan selamat perlu terus dipatuhi.



"Semoga ia terus di bawah kawalan dan kita akan mempunyai langkah yang lebih ringan dalam bulan-bulan akan datang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >