Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN

Terus bantu firma SG berdaya saing

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus meninjau untuk memupuk lebih banyak firma tempatan berpotensi tinggi agar mereka lebih berdaya saing secara global.



Ia juga akan terus membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) membangunkan dan menjalani transformasi.



Strategi ini adalah penting terhadap pelan jangka masa panjang negara untuk membangunkan dan mengekalkan sistem eko bertenaga bagi perusahaan tempatan yang sedia masa depan selain mampu merebut peluang antarabangsa, kata Menteri Kedua (Perdagangan dan Perindustrian, Dr Tan See Leng di parlimen, semalam.



Oleh yang demikian, satu program baru, Program Eksekutif Global Singapura, akan dilancarkan pada separuh kedua 2022 untuk membantu perusahaan tempatan membangunkan bakat tempatan muda yang kemungkinan boleh meraih kedudukan kepimpinan global atau serantau.



Diselia oleh Enterprise Singapore (ESG), program itu juga akan membantu firma mempertingkat keupayaan modal insan dan menarik sebagai majikan.



Program itu telah diumumkan oleh Dr Tan semasa perbahasan mengenai belanjawan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, sebagai respons kepada soalan para anggota parlimen (AP) seperti Encik Shawn Huang (GRC Jurong) dan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) tentang bagaimana Singapura akan memastikan firma mempunyai akses kepada bakat yang mereka perlukan.



Dalam ucapannya, Dr Tan turut menyentuh tentang strategi Perusahaan Singapura 2030, pelan pemerintah untuk memastikan negara dalam membangunkan dan mengekalkan ekosistem syarikat yang sedia masa depan dan dapat bersaing secara global.



Beliau menukil bagaimana negara telah menyaksikan kewujudan generasi baru "juara tempatan" sepanjang beberapa tahun lalu, dengan 22 start-up yang dibangunkan secara setempat, telah mencapai 'status unicorn' yang bermakna syarikat itu mempunyai nilai lebih daripada $1 bilion dan diketahui di peringkat antarabangsa.



"Ini merupakan sesuatu usaha yang baik dalam landskap perusahaan. Kita akan cuba memperhebat usaha kita dalam mengenal pasti, memupuk dan membangunkan lebih banyak perusahaan tempatan yang berpotensi," kata Dr Tan.



Pihak kementerian juga akan melancarkan satu inisiatif bagi memupuk generasi baru perusahaan global Singapura, katanya.



ESG dan Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) akan menawarkan bantuan khusus kepada firma dengan potensi pertumbuhan kukuh dan cita-cita global, manakala sumber rentas agensi pemerintah dan rakan kongsi akan dimanfaatkan untuk menyokong perusahaan berpotensi tinggi dalam bidang seperti inovasi dan pengantarabangsaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >