MAJLIS IFTAR RAIKAN ULANG TAHUN KE-50 HUBUNGAN DIPLOMATIK SINGAPURA-MESIR
Terus manfaatkan kepakaran Al-Azhar
Jun 15, 2016 | 05:30 AM
PELBAGAI lagi cara boleh diterokai untuk terus memanfaatkan kepakaran Universiti Al-Azhar bagi kebaikan para pelajar Singapura.
Itulah yang ditekankan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, semasa majlis iftar bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dua hala antara Singapura dengan Mesir.