Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terus perjuang hak pekerja, cipta masa depan lebih baik bersama: NTUC

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



GERAKAN buruh akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan para pekerja serta meneroka cara untuk mencipta bersama masa depan lebih baik.



Dengan memanfaatkan hubungan kerjasama tiga pihak, ia akan terus bekerjasama dengan majikan dan pemerintah untuk mewujudkan hasil yang memanfaatkan pihak pekerja dan majikan, dan pada akhirnya, Singapura.



Demikian menurut amanat Hari Pekerja oleh Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, dan Presiden NTUC, Cik Mary Liew, dalam satu kenyataan bersama semalam.



"Sementara Covid-19 telah meninggalkan kesan yang pertama kali dilihat terhadap ekonomi global, ia bukan hanya memperkukuhkan tekad kami untuk bersatu padu dengan pekerja kita.



"Maka itu kami akan menggerakkan usaha untuk memperjuangkan hak pekerja, memastikan mereka terus mempunyai pekerjaan yang baik dan merangsang akses untuk memperolehi gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan lebih baik," kata kenyataan.



Dalam hal ini, apabila pandemik menjejas teruk ekonomi Singapura, NTUC mempertingkatkan langkah untuk menyelamatkan pekerjaan pekerja, melindungi sumber rezeki dan memastikan mereka dilayan dengan adil.



"Ketua kesatuan kami mengadakan banyak rundingan mencabar dengan rakan pengurusan untuk memotong kos bagi menyelamatkan pekerjaan.



"Kesatuan juga menyakinkan majikan supaya membenarkan pekerja mengambil pekerjaan sambilan atau dipinjamkan kepada syarikat lain supaya mereka dapat terus mencari rezeki dan menyokong keluarga mereka," jelas kenyataan itu.



Menurut Encik Ng dan Cik Liew, pandemik ini telah menyebabkan banyak kumpulan pekerja - seperti golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) yang lebih matang serta mereka yang bekerja sendiri atau pekerja bebas (SEP) - lebih terdedah dan lemah berbanding sebelum ini.



"Justeru, sebagai kesatuan yang prihatin, NTUC mahu membantu mereka, mewakili mereka, memperjuangkan kepentingan dan menyediakan bantuan yang khusus untuk mereka," ujar mereka lagi.



Selain daripada melindungi pekerja dalam syarikat yang berkesatuan, gerakan buruh juga mahu melindungi pekerja dalam syarikat kecil dan sederhana (SME).



Maka itu, ia akan mempergiatkan usaha untuk mendekati lebih ramai golongan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >