UCAPAN TAHUN BARU PRESIDEN
Terus pupuk, pelihara perpaduan sosial di S'pura: Presiden Halimah
Turut lahirkan penghargaan kepada pemimpin masyarakat, agama kerana usaha kekalkan masyarakat bersatu
WARGA Singapura tidak boleh memandang ringan perpaduan sosial yang dinikmati sekarang, kata Presiden Halimah Yacob.
Berkata demikian dalam ucapan Tahun Baru menerusi video yang dimuat naik ke laman Facebook semalam, Puan Halimah berkata perpaduan ini boleh mudah terjejas sekiranya ia tidak dipelihara dan dipupuk secara berterusan.