Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN ISA

Terus waspada tanda radikal

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT perlu kekal berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan bahawa seseorang mungkin telah menjadi radikal agar campur tangan awal dapat dilakukan demi mengelak tragedi yang tidak diingini berlaku.



Mengingatkan hal demikian semalam berikutan pengumuman penahanan belia berusia 20 tahun yang merancang menyerang sinagog di sini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan kemungkinan seseorang menjadi radikal.



Antaranya, dia kerap membaca, menonton atau mendengar bahan-bahan radikal; dan dia mempunyai pemikiran suka membanding-bandingkan dan memisahkan golongan berbeza, misalnya membenci atau tidak toleran terhadap orang yang berbeza kaum mahupun agama.



Individu yang melafazkan sokongan terhadap pengganas atau kumpulan militan, menyatakan keinginan melibatkan diri dalam konflik di luar negara, serta mempunyai niat melakukan keganasan terrorisme juga boleh dianggap telah menjadi radikal.



ISD berkata orang ramai yang mengesyaki seseorang yang mungkin sudah menjadi radikal patut menghubungi talian hotline Pusat Menentang Keganasan ISD di 1800-2626-473 (1800-2626-ISD) tanpa melengahkan masa.




“Kejadian suram ini ialah satu lagi peringatan tentang betapa pentingnya untuk kekal waspada dan tidak mengambil mudah perpaduan sosial kita. Proses yang menjadikan belia itu radikal sendiri telah didorong oleh penggunaan kandungan fahaman lampau dengan sewenang-wenangnya dalam talian. Saya menggesa semua orang untuk berhati-hati ketika mencari bahan dalam talian, menerima panduan agama hanya daripada sumber yang boleh dipercayai, dan dengan tegas menolak kandungan berbaur kebencian yang menyebabkan permusuhan dengan orang lain. Kita semua mempunyai peranan untuk memastikan ucapan kebencian dan rasa tidak percaya yang mendalam tidak berakar di Singapura. Keganasan dalam bentuk apa pun tidak akan diterima di sini."
– Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Encik Edwin Tong, mengulas tentang penahanan belia yang merancang untuk menyerang masyarakat Yahudi di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >