EKONIAGA: USAHAWAN MUDA - NIAGA MIKRO
Teruskan legasi bapa sebagai seorang peniaga
Lulusan bidang syariah jadi pegerai waktu siang, pendakwah waktu malam
Jun 11, 2016 | 05:30 AM
BAPA borek anak rintik dan kuah tumpah ke mana kalau tidak ke nasi jua.
Demikianlah yang berlaku kepada Encik Muazullah Mazlan yang mengikut jejak langkah ayahnya, Haji Mazlan Abdullah, menjadi peniaga berkat sering meringankan tangan di kedainya di Pasar Geylang Serai sejak kecil.