Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teruskan niat untuk kerjakan umrah

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



SUDAH lebih dua tahun hasrat Encik Lokhman Haris Abdul Karem dan isteri, Cik Nadifa Shekh Nahji, untuk mengerjakan umrah bersama tergendala akibat pandemik Covid-19.



Oleh itu, apabila kelonggaran diberikan baru-baru ini, tanpa berfikir panjang, pasangan tersebut mendaftarkan diri untuk pergi ke Tanah Suci.



Mereka dijadual berangkat dari Singapura ke Arab Saudi pada 2 Disember ini dan sudah pun membuat persiapan bagi perjalanan mereka itu.



Namun, kejutan tidak dijangka datang malam kelmarin dalam bentuk berita bahawa pelancaran Laluan Perjalanan Individu Yang Divaksin (VTL) bersama Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditunda dengan langkah sempadan disemak dalam kemunculan varian Covid-19 Omicron.



Dihubungi, Encik Lokhman, 39 tahun, berkata, beliau dan isteri masih akan teruskan dengan perancangan mereka menunaikan umrah dalam beberapa hari akan datang.



Bahkan, menurut beliau, nampaknya semua jemaah dalam kumpulannya juga akan tetap meneruskan perancangan ke kota suci itu.



"Semuanya tetap nak teruskan sebab dari awal kami dah diberitahu kalau tak ada SHN (Notis Jangan Keluar Rumah) itu bonus.



"Untuk kita, tak apa, walaupun kena SHN, tapi kita masih tetap dapat pergi, jadi (pengumuman) ini memang tak merosakkan rancangan kami, dan dari awalnya pun kami sudah sangat bersedia untuk perlu menjalani SHN," ujar Encik Lokhman.



Beliau yang bertugas sebagai guru menambah, SHN tujuh hari sekembalinya ke Singapura selepas mengerjakan umrah kelak tidak menjejas tugasnya kerana beliau tidak perlu mengambil cuti kerja tambahan.



Sementara itu, ejen penyedia pakej umrah dan haji (GSA) yang dihubungi Berita Harian berkata mereka tidak tergesa-gesa untuk membawa jemaah ke Tanah Suci dalam tempoh ini kerana peraturan masih kerap berubah dan prihatin akan implikasinya terhadap jemaah.



Cik Siti Faridahanim Hashim, pemilik Sha Travel & Tours menjelaskan:



"Peraturan sekarang masih boleh berubah, hari ini SOP lain, esok SOP lain, jadi saya agak risau sebab untuk buat tempahan semua melibatkan wang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >