Teruskan usaha arwah bapa, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Teruskan usaha arwah bapa

Feb 26, 2021 | 05:30 AM

PELBAGAI negara pernah beliau kunjungi demi batu permata yang bermutu.

Beliau juga telah menjual banyak intan permata berharga yang tinggi nilainya.

Pelanggannya juga sering memuji kecantikan berlian, zamrud, nilam dan pelbagai lagi permata yang dijual.

Namun, semua pujian itu kurang kesannya berbanding jika seseorang itu memuji kemiripan sifat dan peribadi Encik Mohd Akbar Sultan dengan bapanya.

Ditemui di kedainya di pusat beli-belah Golden Landmark di Victoria Street, pemilik Olympic Gems Company itu yang dikenali ramai sebagai Sultan, tidak putus-putus melahirkan penghargaannya terhadap arwah bapa kesayangan beliau.

Berita Popular

Olympic Gems Company, kongsinya, dimulakan oleh arwah bapanya, Haji K. M. Abdul Azeez, lebih 60 tahun lalu di 626 North Bridge Road, sebelum berpindah ke Golden Landmark sekitar lebih 30 tahun lalu.

Encik Sultan, 47 tahun, yang lahir ke dalam keluarga saudagar permata telah didedahkan kepada selok-belok perniagaan tersebut sejak muda.

Malah, setelah selesai menjalani Perkhidmatan Negara (NS), beliau telah ke Institut Sains Gemologi Asia (AIGS) di Bangkok untuk mendalami ilmu batu permata, singkapnya kepada Berita Harian.

Beliau juga sering membantu bapanya di kedai, pada mulanya melakukan tugas-tugas mudah seperti menunjukkan pilihan permata yang ada kepada pelanggan.

Beliau juga sering menemani bapanya itu di kedai yang dibukanya seawal 9 pagi.

Ketika beliau berusia 30 tahun, bapanya meninggal dunia, meletakkan tanggungjawab meneruskan perniagaan syarikat tersebut ke atas bahunya sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

"Memang sangat mencabar bila ayah saya meninggal dunia. Beliau meninggal ketika saya 30 tahun dan pada waktu itu saya hanya lima, enam tahun dalam perdagangan ini.

"Selama setahun, saya rasa kurang pasti, sama ada boleh ke tidak saya uruskan perniagaan ini... banyak tekanan daripada pelbagai sudut," ujar Encik Sultan, yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Peniaga Permata Singapura (GTAS).

Beliau perlu menjaga nama baik bapanya yang sudah dikenali dalam industri tersebut, katanya terus-terang.

Ditanya apakah antara batu termahal yang pernah dijualnya, Encik Sultan berkongsi sebagai pedagang permata, menjual batu yang berharga lima angka ke atas bukan suatu yang janggal.

"Saya pernah jual hampir setiap batu dalam kategori itu (lima angka).

"Sebenarnya senang, memang sangat normal bagi batu nilam berharga $10,000, tak ada hal," katanya.

Lalu beliau menambah:

"Tapi yang membuat saya betul-betul bahagia dan bangga ialah apabila seseorang puji saya apabila mereka bandingkan saya dengan ayah saya, bukan bila saya berjaya mencapai jualan $10,000.

"Wang bukan yang utama bagi saya, tetapi bila orang bandingkan saya dengan ayah, meremang bulu roma, saya betul-betul gembira."

Seandainya arwah bapanya itu masih hidup dan memerhatikannya, mungkinkah beliau berasa bangga melihat anaknya?

"Lebih kurang mungkinlah.

"Yang pasti dia tak akan benarkan saya buka kedai pada 12 tengah hari! Habis aku!" jawab Encik Sultan sambil ketawa besar.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map