Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teruskan warisan bapa dengan 'Gerai Inspirasi'

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



SETIAP kali Encik Rashid Amat mengenang arwah ayahnya bermandi peluh dan meredah hujan menolak gerai kereta tolak demi mencari rezeki pada 1970-an, semangatnya membara untuk memperjuangkan perniagaan keluarganya.



Ini meskipun bermakna beliau terpaksa meninggalkan pekerjaan sepenuh masa sebagai mekanik pesawat untuk mengambil alih dan menguruskan gerai keluarganya di New Upper Changi Road.



Gerai Inspirasi yang menjual juadah tradisional seperti mi rebus dan mi soto, telah ditubuhkan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Selamat Kastor pada 1970 selepas beliau bersara daripada tugasan selaku atendan hospital di Hospital Tan Tock Seng.



Gerai itu bertujuan menjadi sumber pendapatan arwah ayahnya, yang harus membesarkan 10 orang anak walaupun sudah bersara ketika itu.



Daripada sebuah gerai kereta tolak, perniagaan itu diteruskan dan dapat bertahan hari ini di sebuah gerai di Blok 207B, New Upper Changi Road, hasil kendalian anak kelapannya, Encik Rashid dan anak kesembilannya, Cik Sa'onah.



Mengimbas kembali titik permulaan perniagaan yang diwarisinya, Encik Rashid, 58 tahun, yang membantu ayahnya sejak berusia 11 tahun berkata:



"Pada zaman itu, ayah saya berniaga dengan menolak gerai kereta beroda tiga yang kemudian dipasang tempat pempamer makanan yang bertutup dan berbasikal.



"Selalunya arwah ayah akan mula berniaga selepas solat zohor dan berniaga di sepanjang jalan di sekitar Geylang sebab kami tinggal di kampung di kawasan itu.



"Demi menampung dan menyara hidup 10 anaknya, beliau akan berniaga tidak kira panas terik mahupun hujan lebat. Kami adik-beradik akan gilir-gilir tolong beliau selepas waktu sekolah."



Menurut beliau, selepas kesihatan ayahnya menjadi kurang baik, beliau menyerahkan perniagaan yang pada masa itu sudah berpindah ke sebuah gerai, kepada adiknya, Cik Sa'onah, 57 tahun.



Encik Rashid yang bekerja sepenuh masa dengan firma ST Engineering Aerospace pada masa itu, masih lagi membantu adiknya berniaga secara sambilan.



Namun bapa dua anak itu akhirnya membuat keputusan untuk melibatkan diri secara sepenuh masa.



"Saya banyak memikirkan tentang masa depan perniagaan keluarga kami khususnya apabila adik saya menunaikan haji dan bila saya melihat adik saya kurang sihat.



"Bila adik saya menunaikan haji, saya baru serius dan sungguh-sungguh belajar memasak dari arwah ibu saya, Cik Sermi Abdullah.



"Selepas itu saya menjadi yakin dengan kemampuan memasak dan memutuskan untuk berhenti kerja dan mengambil alih gerai," ujar beliau yang masih lagi dibantu oleh adiknya hingga ke hari ini.



Kesungguhan dan tekad Encik Rashid mempertahankan warisan perniagaan ayahnya mendapat pengiktirafan baru-baru ini apabila Inspirasi muncul sebagai antara pemenang Anugerah Warisan Penjaja di bawah Anugerah Penjaja Singapura.



Melahirkan rasa syukur, beliau berkata kunci kejayaan Inspirasi dapat terus bertahan ialah dengan mengikut ketat resipi, sukatan dan bahan masakan yang diwarisi dari ayahnya.



"Saya bangga dengan pencapaian ini setelah sekian lama kami berniaga, kami diberi pengiktirafan atas warisan ini. Perniagaan ini ditinggalkan arwah ayah kami untuk keluarga kami.



"Saya berharapan besar anak-anak saya yang kini sudah mula berjinak-jinak, dapat mengambil alih dan meneruskan warisan ini nanti," kata Encik Rashid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >