Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘PAHIT MANIS’ PENGHANTAR MAKANAN

Tetap bertekad untuk menabung

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Gamazzi Omar, 40 tahun, akui bahawa pendapatan bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan lebih menarik ketika beliau mula bekerja dua tahun dulu berbanding sekarang.



Dengan kehadiran syarikat AirAsia food ke sektor penghantaran makanan di Singapura, bapa kepada lima orang anak harap syarikat itu dapat mengekalkan tawaran baik mereka.



"Sudah tentu syarikat AirAsia akan menawarkan bayaran yang menarik pada peringkat awal. Namun, saya harap bayaran itu akan kekal atau bertambah lebih baik pada jangka masa yang panjang. Selalunya hanya pada permulaan sahaja bayarannya baik, selepas itu ia berubah dan tidak begitu menarik," kata Encik Gamazzi yang juga menyediakan khidmat dandanan kucing secara sambilan kepada Berita Harian.



Sejak pandemik ini, beliau berkata lebih ramai yang telah menyertai dan bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan dan pembayaran serta jumlah tempahan tidak menarik seperti dulu.



Walau bagaimanapun, beliau memahami akan cabaran yang orang ramai menghadapi termasuk dirinya juga. Oleh itu, beliau tetap harus bekerja keras untuk menampung keluarganya.



"Dulu, sebelum wabak ini, saya boleh mendapat $100 dalam empat jam. Tetapi sekarang, dengan lebih ramai jumlah pekerja penghantaran makanan, lebih sukar untuk mendapat jumlah itu.



"Namun saya faham bahawa kami semua sedang mencari rezeki dan kami harus bantu antara satu sama lain. Kadang-kadang, saya ada perhatikan terdapat pekerja yang bekerja setiap hari tanpa rehat.



"Jika saya 'cam' mereka, saya akan paksa mereka pulang dan rehat. Memang betul kami semua bekerja, tetapi duit boleh cari. Tetapi jika kesihatan terjejas, tidak dapat bekerja, lagi susah," nasihat Encik Gamazzi.



Encik Gamazzi menyedari bahawa pekerjaan ini tidak menyumbang kepada wang simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Sebelum pandemik ini, beliau berkata beliau akan rajin mengenepikan sekitar $700 untuk dimasukkan ke dalam akaun CPF kerana beliau tahu akan kepentingannya untuk pembelian rumah dan untuk persaraan pada masa depan.



"Sekarang, rasanya lebih sukar untuk mengenepikan wang tersebut kerana pendapatan kini kurang. Tetapi, saya masih cuba menabung.



"Pada masa yang sama, saya akan menasihati rakan kerja lain yang lebih muda untuk masukkan wang ke dalam CPF mereka terutama untuk mereka yang merancang untuk membeli rumah pada masa depan," tambah Encik Gamazzi yang dahulu bekerja sebagai pengurus di sebuah hotel dan kini memilih pekerjaan ini kerana dapat merancang masa bekerja sendiri.



Beliau kemudian menekankan bahawa pekerjaan ini perlukan banyak disiplin serta kerja keras dan beliau harap lebih ramai pekerja penghantaran makanan akan merancang untuk masa depan mereka dalam jangka panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >