Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tetap cekal walau bapa sakit, kini kejar cita-cita sebagai guru

May 28, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN bapanya jatuh sakit pada tahun terakhirnya di Politeknik Republic (RP), beliau tetap cekalkan hati dan bekerja keras untuk melakukan yang terbaik untuk semester terkahirnya itu.



Encik Muhammad A'tique Mohamed Ali, 21 tahun, seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang kejurulatihan sukan, telah dianugerahkan pengiktirafan Kehormatan Pengarah, iaitu senarai pelajar yang cemerlang, untuk tiga semester berturut-turut.



"Apabila bapa saya jatuh sakit, ia satu cabaran besar buat saya. Saya terpaksa memaparkan luaran yang berani dan tidak terjejas depan keluarga supaya mereka tidak risau," cerita Encik A'tique yang redha atas dugaan tersebut dan akur ini semua rancangan Tuhan.



Mujur keputusan Encik A'tique tetap cemerlang dan mendapatkan keputusan yang sangat memuaskan.



Beliau antara empat pelajar yang terbaik dalam kohortnya.



Encik A'tique telah lulus dalam jurusan kejurulatihan sukan dengan merit.



Azamnya untuk menjadi seorang guru sukan telah mendorongnya untuk mengambil kursus tersebut di RP.



"Saya mengambil inspirasi dari guru latihan jasmani (PE) sekolah menengah saya di St Gabriels. Saya juga seorang yang aktif.



"Di sekolah rendah, saya menyertai kegiatan ko-kurikular (CCA) bola sepak, di sekolah menengah pula saya menyertai Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC) dan di politeknik, saya menyertai pasukan ragbi.



"Selepas menengah lima, saya tahu bahawa saya ingin mendalami jurusan sukan, justeru saya bermohon untuk melanjutkan pelajaran di RP," cerita adik ketiga kepada empat beradik itu.



Hubungannya dengan abang sulungnya rapat dan beliau sentiasa dinasihati untuk mengikut dan mengejar kemahuan serta minatnya.



"Setelah saya mendapat keputusan yang baik pada tahun pertama, saya ingin terus konsisten dengan keputusan itu. Pencapaian saya membuat saya lebih tekad untuk menjadi lebih baik.



"Sejak itu, saya bekerja keras dan sering menelaah supaya dapat mencapai kemahuan itu," ujar Encik A'tique yang keluarganya berasa bangga akan kejayaannya itu.



Menerusi kursus pelatihnya, beliau lebih pasti akan keputusannya untuk menjadi seorang guru kerana beliau mendapati bahawa beliau gemar bekerja dengan kanak-kanak.



"Saya berasa puas hati dan gembira apabila melihat para pelajar menikmati sukan ketika sedang belajar. Sebagai jurulatih, jika mereka suka dengan kelas, ia menandakan saya telah meninggalkan kesan yang positif kepada mereka," jelas pelajar itu yang berkata beliau ingin melakukan yang terbaik seperti guru-gurunya.



Encik A'tique kemudian berkata beliau akan memohon kursus mengajar di Institut Pendidikan Nasional (NIE).



Dalam pada itu, Encik A'tique mengongsi satu nasihat dari guru politekniknya yang beliau pegang teguh.



"Kemampuan untuk berkembang dan memperbaiki diri sebenarnya berdasarkan pada sikap mental individu. Jangan segan atau takut untuk gagal. Untuk berjaya, kita perlu belajar daripada kegagalan.



"Saya selalu menghadapi kegagalan sebelum ini. Nasihat itu sangat berkesan bagi saya," ceritanya dan berharap pelajar lain dapat memanfaati nasihat itu juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >