Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PSLE

Tetap cemerlang walau sibuk jaga adik-adik

Nov 22, 2019 | 05:30 AM



USAHA gigih Ryan Zabar Adam Muhammad Faizal mengulang kaji pelajaran selama berjam-jam sehari-hari dan mengekalkan kelakonan tekal di sekolah, akhirnya membuahkan hasil.



Anak keempat daripada enam adik-beradik dari Sekolah Rendah Zhenghua itu berjaya meraih agregat 254 bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), semalam.



Malah tanpa diduga, Ryan diterima masuk ke Raffles Institution (RI) pada 17 Oktober, melalui Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA) atas kepimpinannya yang cemerlang.



Ryan yang merupakan ketua pengawas, berjaya meraih tiga gred A bagi Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan satu gred A* bagi Bahasa Melayu dalam PSLE.



Kejayaan beliau itu adalah hasil daripada disiplin belajar yang ketat meskipun adakala perlu membantu ibu bapanya menjalankan kerja rumah dan menjaga adik-adiknya.



Apabila ditanya resipi kejayaannya, murid 12 tahun itu yang rajin membantu ibunya memasak dan membuat kuih untuk meraih pendapatan sampingan, berkata beliau akan meluangkan masa dua jam setiap hari untuk menelaah pelajaran.



Selain itu, Ryan turut mengamalkan panduan yang dipelajari melalui program Superkids, anjuran sekolahnya.



"Salah satu cara saya belajar adalah dengan memilih kata kunci yang terdapat dalam sebuah petikan.



"Setelah mencari semua kata kunci, saya akan membuat peta minda yang berwarna-warni untuk menjadikan ia lebih menarik.



"Prosesnya agak perlahan dan memenatkan tetapi ia amat berkesan," tambahnya dengan rasa rendah hati.



Disifatkan sebagai anak yang cekal dan fokus, ibunya, Cik Puteri Indah Kesuma Mohd Dali, 45 tahun, bersyukur atas kejayaan puteranya yang seawal tiga bulan, telah menunjukkan kebolehan memberikan tumpuan kepada buku-buku dan kad imbas.



"Saya bersyukur Ryan diterima masuk ke RI. Memang ia di luar dugaan kami," kata Cik Puteri.



Ryan dan ibunya juga giat mengatur jadual bagi membantu Ryan bijak membahagikan masanya.



"Dalam jadual itu, masa diketepikan untuk saya lakukan hal peribadi seperti solat dan makan. Baki masa digunakan untuk saya belajar," katanya.



Melahirkan kebanggaannya, bapanya, Encik Muhammad Faizal Hamidon, 39 tahun, berkata beliau menganggap pencapaian Ryan sebagai hadiah hari jadinya yang disambut Ogos lalu.



"Semasa hari lahir yang lalu, saya beritahu keluarga, saya tidak mahu hadiah.



"Hanya harapan agar mereka cemerlang dalam pelajaran. Jadi inilah hadiah hari jadi terbaik," ujarnya.



Dek prestasi cemerlangnya di sekolah, Ryan telah menerima Anugerah Watak Edusave (ECHA) dan Anugerah Kecemerlangan Holistik tahun ini.



Ryan juga meraih Biasiswa RI tahun lepas dengan menerima wang tunai $1,000 dan diundang menghadiri bengkel dan sesi soal jawab di sekolah tersebut.



"Saya tidak sangka saya dapat memasuki sekolah itu. Guru darjah saya, Cik Poon Mei Ming yang menggesa saya agar mencuba nasib," tambah pemain ragbi itu.



Dengan penuh semangat, Ryan sudah merancang membaca buku teks sekolah menengahnya.



"Saya dah bersedia untuk baca buku teks... Mesti tebal!" kata Ryan yang bercita-cita menjadi pakar zoologi.




"Salah satu cara saya belajar adalah dengan memilih kata kunci yang terdapat dalam sebuah petikan. Setelah mencari semua kata kunci, saya akan membuat peta minda yang berwarna-warni untuk menjadikan ia lebih menarik. Prosesnya agak perlahan dan memenatkan tetapi ia amat berkesan."
- Ryan Zabar Adam Muhammad Faizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >