Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tetapkan panduan untuk dapat keberkesanan Program Saham Kesihatan: Rahayu

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



KEGIATAN kesihatan dan kecergasan yang dianjurkan oleh kumpulan masyarakat di bawah Program Saham Kesihatan perlu menyertakan beberapa komponen asas menurut panduan yang ditetapkan.



Ini termasuk menghendaki peserta menjalani pemeriksaan dan penilaian kesihatan asas pada awal dan akhir program agar mereka tahu tentang keadaan kesihatan mereka apabila mula-mula menyertai aktiviti itu dan selepas beberapa minggu menjalani gaya hidup lebih sihat.



Demikian dinyatakan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang menerajui program tersebut, kepada Berita Harian (BH) dalam satu wawancara baru-baru ini.



Program Saham Kesihatan dibentuk bulan lalu bagi mengurangkan gejala penyakit kronik dengan pendekatan yang disesuaikan untuk masyarakat Melayu/Islam.



Kumpulan masyarakat yang menganjurkan kegiatan di bawah program itu akan dapat memanfaatkan pelbagai sumber dan pilihan sedia ada untuk mereka reka dan hasilkan inisiatif yang paling sesuai dengan demografik penduduk mereka.



Penganjur kegiatan boleh menerima sokongan daripada Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan ActiveSG, seperti dalam bentuk jurulatih atau kelas-kelas kecergasan.



Cik Rahayu berkata panduan itu mengandungi hasil kerja jawatankuasa kecil yang dibentuk bagi memberi tumpuan kepada aspek pemakanan, kegiatan jasmani, pemeriksaan kesihatan, tabiat merokok dan kesihatan mental di bawah Program Saham Kesihatan.



Selain menghendaki peserta menjalani penilaian dan pemeriksaan kesihatan asas, panduan lain termasuk galakan menganjurkan kegiatan selama 12 minggu supaya peserta ada masa untuk memupuk tabiat baru.



Kumpulan WhatsApp juga digalakkan dibentuk untuk mendorong komunikasi antara peserta.



"Panduan ini adalah 'Saham Kesihatan' yang kita bawa kepada kumpulan-kumpulan masyarakat berbeza. Mereka mungkin bukan kumpulan yang sudah terbentuk. Tetapi jika mereka bersedia bekerjasama dan mengatur sesuatu, pasukan kami boleh membantu mereka kerana kami ada rakan kongsi dengan ActiveSG, PA (Persatuan Rakyat) dan HPB.



"Kami akan bentangkan tawaran kami, dan mereka boleh pilih berdasarkan demografik yang mereka mahu dekati. Kami boleh beri nasihat sewajarnya, tetapi mereka perlu tampil mengendalikannya dan menentukan apakah kegiatan yang mereka mahu anjurkan," kata Cik Rahayu.



Sejauh ini, M³@Tampines telah mula menganjurkan kegiatan Kumpulan Minat Berjalan Pantas di bawah Program Saham Kesihatan dan M³@Jurong akan memulakan aktiviti kesihatan dan kecergasan mereka hujung bulan ini.



Program Saham Kesihatan akan diperluas ke setiap bandar M³@Bandar dan sejauh ini, tiga lagi bandar telah menyuarakan minat untuk menganjurkan kegiatan untuk penduduk mereka.



Cik Rahayu berkata pihaknya sedang mengajak kumpulan-kumpulan dalam masyarakat yang sudah pun menganjurkan kegiatan sendiri untuk menyertakan unsur-unsur Program Saham Kesihatan.



Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menjadi penganjur, tidak semestinya 'orang-orang akar umbi', tetapi juga boleh merupakan asatizah yang prihatin tentang penggalakan kegiatan jasmani dan kesihatan.



Pendaftar Staf Kanan, Pusat Perubatan Sukan dan Senaman, Hospital Besar Changi (CGH), Dr Fadzil Hamzah, yang memimpin jawatankuasa kecil bagi kegiatan jasmani di bawah Program Saham Kesihatan, berkata inisiatif itu akan berkembang mengikut masa.



"Sedang kita mempunyai lebih ramai rakan kongsi masyarakat, menu pilihan akan berkembang. Buat masa ini kita bercakap tentang ActiveSG dan bahagian perubatan. Tetapi nanti mungkin kita mahu menyertakan, sebagai contoh Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) dan asatizah," katanya.



LAPORAN SELANJUTNYA: Program pertama Saham Kesihatan bermula di Tampines




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >