Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Thai beri S'pura 10,000 kit ujian Covid-19 tanda muhibah

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



THAILAND telah memberi Singapura 10,000 kit ujian Covid-19 sebagai tanda muhibah persahabatan dua negara.



Duta Besar Thailand Suriya Chindawongse menyerahkan kit itu kepada pengarah majlis penyelidikan bioperubatan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Cik Amanda Ang, dalam satu majlis simbolik di pejabat A*Star di Fusionopolis semalam.



Dr Chindawongse berkata pemberian itu mencerminkan hubungan rapat antara Singapura dengan Thailand.



"Singapura negara pertama menerima kelengkapan ini, yang merupakan sumbangan simbolik kecil untuk mencerminkan perpaduan antara dua negara dan masyarakat kita," ujarnya.



Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, mengumumkan pada Sidang Puncak Khas Asean April lalu tawaran Thailand memberi 10,000 kit ujian kepada setiap negara anggota sebagai tanda kerjasama utuh di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Sebagai sebahagian pembukaan semula besar-besaran industri pelancongan di negara itu, Thailand mula mengeluarkan Visa Pelancong Khas (STV) mulai 7 Oktober.



Penyerahan kit ujian semalam menyusuli Sidang Puncak Asean ke-37 yang selesai pada 12 November lalu, yang berlangsung melalui sidang video.



Pada sidang puncak itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru pendekatan 'multilateralisme vaksin' apabila beliau menekankan pentingnya kerjasama serantau bagi mengurangkan kesan jangka panjang pandemik itu.



Dr Chindawongse semalam menegaskan kesepakatan Thailand mengenai perlunya kerjasama serantau untuk keluar daripada wabak melalui inisiatif seperti multilateralisme vaksin.



"Thailand dan Singapura berada di barisan depan dalam memajukan upaya serantau untuk mengatasi pandemik Covid-19," katanya.




KES COVID-19 DI SG - 17 NOV



JUMLAH KES BARU: 6



DALAM MASYARAKAT: 0



DI DORMITORI: 0



IMPORT: 6



JUMLAH KEMATIAN: 28



JUMLAH KESELURUHAN: 58,130 (hingga 12 tengah hari semalam)



Laporan terkini kes Covid-19 setempat boleh didapatkan dengan melayari laman www.BH.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >