Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman dilantik pengerusi badan pakar kewangan dunia

Dec 01, 2016 | 10:32 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam dilantik sebagai pengerusi seterusnya badan pakar kewangan terkemuka dunia berprestij - Kumpulan Tiga Puluh (G-30).



Kumpulan berpangkalan di Washington itu terdiri daripada ahli ekonomi dan penggubal dasar terkemuka dari seluruh dunia, dan bertujuan mendalamkan pemahaman isu ekonomi dan kewangan antarabangsa.



Tempoh pelantikan Encik Tharman bermula pada 1 Januari dan berjalan selama lima tahun, umum G-30 dalam satu kenyataan pada Rabu (30 Nov).



Beliau menggantikan Encik Jean-Claude Trichet, mantan presiden Bank Pusat Eropah.



Encik Tharman, 59 tahun, juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial serta pengerusi Penguasa Berkuasa Kewangan Singapura (MAS).



Mengenai pelantikan itu, beliau berkata: "Adalah satu penghormatan menggantikan Jean-Claude, yang pengetahuan, kebijaksanaan dan kemesraannya menjadi teladan kepada begitu ramai daripada kita, di dalam G-30 dan seterusnya.



"Saya berharap untuk bekerja rapat dengan rakan-rakan saya dalam kumpulan ini sedang kami terus memupuk dan mempengaruhi dialog dalam masyarakat ekonomi dan kewangan global."



Pengerusi lembaga pemegang amanah G-30, Encik Yakub A. Frenkel, mengalu-alukan pelantikan Encik Tharman, dengan berkata: "Kami yakin Tharman akan dengan jayanya meneruskan misi kumpulan ini: mendalamkan pemahaman isu utama ekonomi dan kewangan antarabangsa dan, dengan itu, menyumbang kepada mutu usaha membuat keputusan berkaitan dasar awam."



Encik Frenkel, yang mempengerusikan JP Morgan Chase International dan mantan gabenor Bank of Israel, dilantik semula sebagai pengerusi lembaga G-30.



Ditubuhkan pada 1978, G-30 menjadi tuan rumah forum, atas jemputan sahaja, bagi pemimpin industri kanan.



Ia juga mengeluarkan laporan mengenai isu-isu semasa, seperti perbankan dan pasaran modal bayangan yang tidak terkawal, dan kesan minyak ke ata ekonomi global, yang dikaji secara mendalam oleh pembuat dasar.



Anggotanya daripada kedua-dua sektor, awam dan swasta, dan termasuk ahli ekonomi berpengaruh seperti Encik Paul Krugman, Encik Lawrence Summers dan Dr Raghuram Rajan, mantan gabenor Rizab Fwederal Amerika Ben Bernanke, presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi, dan gabenor Bank Rakyat China Zhou Xiaochuan.



Pada 2008, Encik Tharman menjadi warga Singapura pertama dimasukkan ke dalam G-30.



Beliau Menteri Kewangan Singapura dari 2007 hingga 2015, dan mempengerusikan jawatankuasa monetari dan kewangan antarabangsa Dana Kewangan Antarabangsa dari 2011 hingga 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >