Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman gesa majikan elak berat sebelah terhadap pekerja matang

Jan 12, 2021 | 09:01 PM



MAJIKAN di Singapura masih bersikap berat sebelah terhadap pekerja matang, kata Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam pada Selasa (12 Januari).



Justeru itu, beliau menggesa majikan di sini agar lebih peka dan memanfaatkan skim pemerintah bagi menggajikan dan melatih pekerja berusia ini.



Langkah yang diambil ini akan memanfaatkan kedua-dua pekerja dan firma melihat pada pasaran buruh yang ketat, kata Encik Tharman pada forum mengenai pekerjaan dan kemahiran di Sidang Perspektif Singapura, anjuran Institut Pengajian Dasar.



"Kita tidak akan melonggarkan dasar pekerja asing kita - agak sebaliknya...Justeru itu, manfaatkan sepenuhnya tenaga kerja Singapura kita," katanya, lapor akhbar The Straits Times.



Bersama dalam panel perbincangan ini adalah profesor ekonomi Amerika, Encik Tyler Cowen dan Ketua Ekonomi OCBC Bank, Cik Selena Ling. Perbicangan ini diselaraskan Profesor Danny Quah daripada Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.



Menjawab soalan tentang cabaran yang dihadapi golongan muda dan lebih berusia yang mencari pekerjaan apabila memasuki tenaga kerja, Encik Tharman menjelaskan isu yang dihadapi pekerja matang tidak hanya terbatas pada masalah kesilapan pemadanan kemahiran.



Majikan juga harus bersedia menggajikan, melatih semula kemahiran dan mempertingkat kemahiran pekerja matang ini yang sudah memiliki kemahiran penting.



"Anda tidak akan mendapatkan pemadanan kemahiran yang sempurna, kecuali bagi sesetengah pekerjaan khusus dan bilangannya sangat kecil.



"Secara umum, jika anda menggajikan seseorang, anda harus melatih mereka dan mereka perlu menyesuaikan diri. Ia boleh dilakukan," ujar Encik Tharman.



Singapura, tambahnya, mempunyai golongan pekerja berpengalaman, yang memiliki kesediaan bekerja keras dan kesediaan untuk belajar, katanya yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial.



Beliau juga menambah, kerana itu, pemerintah telah menyesuaikan insentifnya seperti Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) buat pekerja matang.



Di bawah JGI, firma yang menambah kiraan pekerja setempat akan menerima subsidi sehingga 25 peratus pendapatan mereka bagi tempoh setahun, bergantung pada had yang ditetapkan. Bayaran bersama pemerintah itu naik sehingga 50 peratus bagi mereka yang menggajikan pekerja berusia 40 tahun ke atas.



Namun, skim sedemikian memerlukan perubahan sikap bagi pihak majikan di samping 'jiwa baru berihsan terhadap pekerja matang kita'," tambah Encik Tharman. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >